Slider

SOALAN LAZIM (FAQ) ANUGERAH PENGAJARAN KE-17

Bil. Soalan Jawapan
1. Jika saya telah mengajar di sekolah selama lebih 15 tahun, kemudian saya ditawarkan berkhidmat di IPT dan telah disahkan dalam jawatan selama 5 tahun, adakah saya layak untuk memohon anugerah pada tahun ini? Tidak layak kerana anda perlu berkhidmat sebagai tenaga pengajar IPT berstatus tetap dan sepenuh masa sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh lantikan pada 1 Januari pada tahun dinilai (tidak termasuk cuti belajar dan cuti tanpa gaji).
2. Jika saya telah mengajar di IPT selama 15 tahun dan kini saya dipinjamkan ke jabatan kerajaan, bolehkah saya memohon anugerah ini menggunakan pengalaman mengajar saya yang lepas? Boleh.
3. Jika saya seorang guru di peringkat IPT, adakah saya layak untuk memohon anugerah ini? Layak kerana semua tenaga pengajar di peringkat IPT layak memohon.
4. Apakah bentuk inovasi pembelajaran dan pengajaran yang dinilai dalam anugerah ini? Inovasi yang dinilai ialah yang mempunyai kriteria keaslian, signifikan, relevan dan memberi impak tinggi kepada pembelajaran pelajar.
5. Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk lebih dari satu kelompok anugerah pengajaran? Tidak boleh.
6. Saya telah bersara dan kini mengajar secara kontrak sepenuh masa, adakah saya layak untuk memohon anugerah ini? Tidak layak kerana anda bukan tenaga pengajar tetap dan tidak dapat disahkan dalam jawatan.
7. Saya mengajar kursus-kursus di luar bidang saya, bolehkah saya memohon dalam kelompok bidang kursus yang saya ajar tetapi tidak berkaitan dengan fakulti/jabatan saya? Boleh dengan syarat mendapat pengesahan IPT untuk kelompok bidang tersebut.
8. Jika saya tidak memenangi anugerah di peringkat IPT tetapi di peringkat fakulti/jabatan sahaja, adakah saya layak untuk memohon anugerah ini? Tidak layak kerana anda perlu memenangi anugerah sekurang-kurangnya di peringkat IPT.
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi