| 1. |
Saya telah menghasilkan beberapa buah buku fiksi tetapi saya mengajar di Fakulti Pendidikan, adakah saya layak memohon Anugerah Seni dan Kreativiti? |
Layak kerana buku fiksi adalah sebuah novel dan boleh dimohon di bawah Kategori Penulisan Kreatif. |
| 2. |
Sekiranya saya tidak menerima sebarang anugerah yang melayakkan saya untuk memohon, adakah kaedah lain yang membolehkan saya memohon? |
Permohonan boleh dilakukan berdasarkan Pengiktirafan Antarabangsa/ Kebangsaan yang diterima seperti yang tersenarai dalam perenggan no. 2 kriteria penilaian bagi Anugerah Seni & Kreativiti. |
| 3. |
Saya tidak faham tentang penyelidikan akademik dan penyelidikan kreatif. |
Penyelidikan akademik berasaskan kepada pacuan penyelidikan (Research Led) sementara penyelidikan kreatif berasaskan pacuan amalan (Practice Led). |
| 4. |
Bolehkah anugerah di peringkat Universiti diguna pakai untuk kelayakan permohonan? |
Tidak boleh. Hanya anugerah di peringkat antara universiti/ Kebangsaan dan Antarabangsa yang diiktiraf. |
| 5. |
Apakah format presentasi portfolio? |
Setiap pemohon perlu mengemukakan portfolio dalam bentuk hardcopy dan media penyimpanan (pendrive) dan/ atau pautan Google Drive salinan karya yang dihasilkan pada tahun yang dinilai kepada pihak Unit AAN melalui IPT masing-masing. |