| 1. |
Saya merupakan warganegara Malaysia dan telah bermastautin di luar negara, adakah saya layak memohon? |
Layak dengan syarat anda telah berkhidmat di IPT di Malaysia untuk tempoh 15 tahun secara kumulatif. |
| 2. |
Saya telah memohon pada tahun sebelumnya dan tidak berjaya. Saya ingin memohon sekali lagi. Perlukah saya mengisi borang semula? |
Ya, anda perlu mengisi borang permohonan semula. |
| 3. |
Perlukah semua sijil dan bahan bukti saya disahkan benar? |
Ya, perlu. |
| 4. |
Bolehkah penganugerahan dan pengiktirafan yang diterima semasa tidak bermastautin di Malaysia digunakan untuk permohonan anugerah ini? |
Ya. |
| 5. |
Bolehkah permohonan dikemukakan tanpa melalui universiti? |
Tidak boleh. |
| 6. |
Agensi manakah yang boleh mencadangkan calon? |
Mana-mana Agensi Kerajaan dan Swasta serta Kementerian boleh mencadangkan calon TETAPI permohonan MESTI melalui mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di tempat calon sedang/pernah berkhidmat. |