Slider

SOALAN LAZIM (FAQ) SYARAT DAN PERATURAN UMUM

Bil. Soalan Jawapan
1. Apakah kriteria penilaian? Sila rujuk syarat dan peraturan bagi setiap kategori.
2. Saya telah bermastautin (PR) di Malaysia dan bukan warganegara, adakah saya layak memohon? Adakah residen tetap layak untuk memohon AAN? Tidak layak. AAN hanya terbuka kepada ahli akademik warganegara Malaysia sahaja.
3. Bolehkah mana-mana agensi lain mencalonkan? Agensi lain boleh mencadangkan calon TETAPI permohonan pencalonan MESTI melalui mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
4. Sekiranya saya memerlukan maklumat lanjutan berkenaan dengan pengisian borang, daripada siapakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sila rujuk kepada Unit yang bertanggungjawab berkenaan AAN di IPT masing-masing.
5. Bolehkah permohonan dikemukakan untuk lebih dari satu kategori AAN? Boleh, kecuali bagi permohonan untuk kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara (AAN).
6. Bilakah tarikh tutup permohonan? Tarikh tutup permohonan/pencalonan ialah 17 Julai 2026.
7. Apakah dokumen yang perlu dihantar secara fizikal? Dokumen-dokumen seperti di bawah perlu sampai ke urus setia AAN secara fizikal sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
  • Dua (2) salinan butir jaya diri (CV) dan dua (2) salinan bahan bukti bagi kategori Tokoh Akademik Negara dan Kategori Ahli Akademik Harapan;
  • Tiga (3) salinan buku bagi kategori Anugerah Penerbitan Buku; dan
  • Bahan bukti bagi kategori Anugerah Seni dan Kreativiti serta kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk.
8. Siapakah yang boleh melakukan pengesahan sijil dan bahan bukti? Salinan sijil dan bahan bukti boleh disahkan oleh IPT (pegawai Gred A dan ke atas) atau bagi calon yang bermastautin di luar negara, salinan sijil boleh disahkan oleh Ketua Jabatan tempat calon berkhidmat.
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi