Slider

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN KE-17

Asas Anugerah

  1. Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkaliber yang berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun yang dinilai.
  2. Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang berbakat yang mempamerkan potensi yang tinggi, cemerlang dan terserlah secara holistik dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa.
  3. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja sepanjang hayat.

Syarat Permohonan

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon berwibawa yang:

  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari pada tahun yang dinilai.
  2. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.
  3. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, penjanaan nilai, kepimpinan akademik dan sumbangan kepada masyarakat secara holistik.
  4. Mempamerkan wawasan dan kepakaran dalam bidang tujahan yang membawa kepada penerobosan ilmu.
  5. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sebelum 1 Januari pada tahun yang dinilai.
  6. Mempamerkan wawasan dan hala tuju kepimpinan kerjaya akademik yang mamp.
  7. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan keaslian permohonan dengan membuat deklarasi terhadap sebarang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif.
    Syarat dan Peraturan (Anugerah Ahli Akademik Harapan)
  8. Setiap IPT hanya boleh mencalonkan seorang calon sahaja.

Kriteria Penilaian

  1. Kriteria penilaian merangkumi pencapaian seperti di bawah:
    • Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
    • Penemuan ilmu yang unik dan signifikan (penyelidikan dan penerbitan)
    • Penjanaan nilai kepada negara
    • Kepimpinan akademik dan sumbangan kepada masyarakat

Nilai Anugerah

  1. Nilai Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi