Slider

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK

Asas Anugerah

  1. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di IPT di mana harta inteleknya didaftar oleh IPT berkenaan. Produk tersebut mestilah dikomersialkan melalui syarikat/enterprise/koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Majlis Daerah (Sabah dan Sarawak sahaja) dan memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara.
  2. Anugerah ini juga dibuka kepada produk penyelidikan yang dijalankan di luar negara dengan syarat sekurang-kurangnya 50% kerja penyelidikannya dijalankan oleh warganegara Malaysia di IPT Malaysia dan harta intelek dimiliki (tunggal atau bersama) oleh IPT di Malaysia.
  3. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang dibangunkan daripada harta intelek yang berdaftar di MyIPO atau badan berkuasa diiktiraf (contohnya: Jabatan Pertanian untuk varieti tumbuhan baharu). Produk berasaskan harta intelek kategori trade secret, mestilah didaftar dan diperakukan di peringkat IPT dan produknya mempunyai trademark.
  4. Pemenang anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya bagi produk yang berbeza.

Syarat Permohonan

  1. Produk mestilah telah dikomersialkan, masih aktif dalam pasaran, dan menjana pendapatan (jualan kasar) kepada syarikat/enterprise berdaftar.
  2. Telah menjana nilai jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM 500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) dalam dan/atau luar negara.
  3. IPT dan penyelidik mestilah mendapat pulangan hasil daripada pengkomersialan produk berkenaan (contohnya: royalti, yuran pelesenan atau jualan IP, bayaran perundingan, pulangan dividen dan seumpamanya). Yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan.
  4. Pemohon mestilah ketua penyelidik bagi pembangunan produk ini.
    Syarat dan Peraturan (Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk)
  5. Segala urusan pemindahan teknologi/pengkomersialan mesti melalui pihak berkuasa IPT.
  6. Produk mesti mempunyai salah satu harta intelek yang berdaftar; atau trade secret yang diperakukan oleh IPT (berserta trademark), dan perjanjian pemindahan teknologi/pengkomersialan di antara universiti dan syarikat/enterprise/koperasi berdaftar.
  7. Dana/geran yang diperolehi oleh penyelidik untuk penyelidikan, pembangunan atau pra-pengkomersialan (RDC) serta dokumen sokongan.
  8. Pernah menerima anugerah dari dalam dan/atau luar negara.
  9. Penerbitan akademik berkaitan produk telah dihasilkan.
  10. Sila guna borang permohonan yang BERASINGAN BAGI SETIAP PRODUK. Produk-produk hiliran yang bersumber daripada satu (1) paten boleh dipertimbangkan dalam satu (1) permohonan.

Kriteria Penilaian

A. Produk

  1. Penerangan dari segi keaslian (originality), aspek teknikal inovasi, tahap kompetitif dan daya saing, serta pematuhan standard dan kawal selia (regulatory) nasional dan global.
  2. Status dan kekuatan perlindungan harta intelek.
  3. Anugerah yang telah diterima berkaitan dengan produk ini.
  4. Dana/geran yang diperolehi untuk penyelidikan, pembangunan atau pra-pengkomersialan (RDC).
  5. Penerbitan yang dihasilkan perlulah berdasarkan harta intelek yang berkaitan.

B. Pengkomersialan

  1. Nilai kumulatif jualan kasar (RM) produk tersebut oleh syarikat/enterprise berdaftar sejak mula dikomersialkan sehingga 31 Disember 2025.
  2. Pendapatan daripada pemindahan teknologi/pengkomersialan (contohnya royalti, yuran pelesenan, bayaran perundingan, pulangan dividen) kepada IPT serta penyelidik sejak tarikh mula dikomersialkan sehingga 31 Disember 2025.
  3. Saiz pasaran dan pencapaian pengkomersialan (lokal dan global).
  4. Nilai dana/pelaburan/modal teroka yang dijana oleh syarikat yang berkait dengan produk.
    Syarat dan Peraturan (Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk)

C. Impak

  1. Impak terhadap peningkatan kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
  2. Penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan baru serta pembangunan sumber manusia.
  3. Sumbangan terhadap kemandirian (self-sufficiency) dan sekuriti ekonomi, kelestarian alam sekitar, dan/atau peningkatan imej pendidikan tinggi dan negara.
  4. Sumbangan yang signifikan kepada sains, kemasyarakatan dan kemanusiaan di peringkat global yang selari dengan aspirasi hadiah Nobel. (Bonus)
  5. Telah menggunakan dana/geran untuk sekurang-kurangnya dalam satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan (RDC).

Peraturan dan Tatacara Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui sistem permohonan Anugerah Akademik Negara (AAN) menggunakan pautan https://spaka.mohe.gov.my sebelum tarikh tutup permohonan.
  2. Satu salinan keras (hardcopy) permohonan berserta semua dokumen sokongan yang disahkan perlu dicetak, dijilid dan dihantar kepada pihak urus setia.
  3. Sila muat naik video pendek bagi produk yang tidak melebihi 3 minit.
  4. Pemohon digalakkan menghantar sampel produk kepada urus setia untuk rujukan.
  5. Sila pastikan semua perkara dalam senarai semak (checklist) telah dilengkapkan.

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu sahaja) berserta piala dan sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hadiah akan dikeluarkan atas nama pemenang yang bertanggungjawab membahagikannya kepada ahli kumpulan mengikut peratusan sumbangan masing-masing seperti yang tertera di dalam borang permohonan (warganegara Malaysia sahaja).
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi