Slider

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENGAJARAN

Asas Anugerah

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kebitaraan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pembelajaran dan pengajaran. Kebitaraan pengajaran merujuk kepada amalan pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

Syarat Permohonan

  1. Pemohon telah disahkan dalam jawatan sebagai tenaga pengajar berstatus tetap dan sepenuh masa.
  2. Berkhidmat secara kumulatif sebagai tenaga pengajar berstatus tetap dan sepenuh masa di IPT sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh lantikan di IPT pada 1 Januari pada tahun dinilai, tidak termasuk cuti tanpa gaji dan cuti belajar.
  3. Pencalonan mestilah dibuat oleh IPT. Hanya seorang pemohon sahaja dibenarkan bagi setiap kelompok.
  4. Seseorang pemohon hanya boleh menerima anugerah ini sekali seumur hidup.
  5. Permohonan yang tidak berjaya pada AAN Ke-16 tidak layak untuk memohon bagi AAN Ke-17.
  6. Borang perlu diisi dalam talian melalui Sistem Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (SPAKA). Butir jaya diri (CV) dan portfolio pengajaran perlu dimuatnaik dalam format pdf. Bahan-bahan sokongan tambahan hendaklah disertakan dalam bentuk pautan.
  7. Pemohon telah memenangi anugerah dalam pembelajaran dan pengajaran sekurang-kurangnya di peringkat IPT.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan keaslian permohonan dengan membuat deklarasi terhadap sebarang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif.

Kandungan dan Penilaian Portfolio

  1. Portfolio perlu disediakan dalam SATU dokumen lengkap termasuk bahan-bahan bukti yang berkaitan.
  2. Portfolio dan semua bahan bukti yang berkaitan perlu disediakan mengikut susunan berikut:
    1. Falsafah pengajaran yang menggambarkan kesarjanaan pemohon;
    2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian;
    3. Kreativiti* dan inovasi** serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran;
    4. Penilaian dan testimonial pengajaran/ penyeliaan;
    5. Penambahbaikan pengajaran/penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional; dan
    6. Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian.
  3. Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan kandungan portfolio di atas.

Catatan Penting Takrifan:

* Kreativiti adalah penjanaan idea atau teknik atau strategi baharu dalam pembelajaran dan pengajaran serta penilaian. Kreativiti diukur berdasarkan kebaharuan idea dan penggunaan unsur pembelajaran dan pengajaran.

** Inovasi adalah usaha menambah nilai pembelajaran dan pengajaran serta penilaian bagi kursus-kursus yang diajar. Kejayaan inovasi diukur berdasarkan impaknya terhadap meningkatkan motivasi dan kualiti pembelajaran pelajar.

Prosedur Penilaian

Penilaian akan dijalankan dalam dua (2) peringkat. Peringkat 1 melibatkan penilaian portfolio. Permohonan yang melepasi titik ambang akan dimajukan ke peringkat 2 iaitu simulasi pengajaran dan temuduga.

Peringkat 1: Penilaian portfolio

  1. Portfolio WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut:
    1. Falsafah pengajaran yang menggambarkan kesarjanaan pemohon
      1. Pernyataan falsafah yang jelas dengan kepercayaan dan nilai; dan
      2. Pernyataan teori/ model yang mendasari falsafah pengajaran.
    2. Strategi perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tentang kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
      1. Perinci dan jelaskan pernyataan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
        1. Pengajaran/penyeliaan; dan
        2. Penilaian.
      2. Sertakan bahan bukti/maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
        1. Senarai kursus;
        2. Rangka kursus dan bilangan pelajar; dan
        3. Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah.
  2. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran (kaedah dan teknik pengajaran/penyeliaan dan penilaian)
    1. Pernyataaan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
      1. Falsafah Pengajaran/Penyeliaan Dan Penilaian; dan
      2. Kaedah Pengajaran/Penyeliaan Dan Penilaian.
    2. Terangkan kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan:
      1. Ciri:
        1. Asli;
        2. Signifikan; dan
        3. Relevan.
      2. Teknik pembelajaran dan pengajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran abad ke-21 dan tersedia masa hadapan.
      3. Kesejajaran antara teknik pengajaran/penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran.
  3. Impak kreativiti dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran kepada:
    1. Peningkatan pencapaian pelajar;
    2. Kualiti hasil kerja pelajar; dan
    3. Sertakan bukti bagi menyokong bahagian yang berkenaan.
  4. Penilaian dan testimonial pengajaran/penyeliaan
    1. Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran/penyeliaan oleh pelajar; dan
    2. Sertakan testimonial pengajaran/penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:
      1. Pelajar/Alumni;
      2. Rakan Sejawat;
      3. Jabatan/Fakulti;
      4. IPT;
      5. Komuniti/Industri; dan
      6. Lain-lain.
  5. Penambahbaikan pengajaran/penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional
    1. Penambahbaikan kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
      1. Dokumentasi refleksi;
      2. Analisis/sintesis untuk penambahbaikan; dan
      3. Tindakan dan perkongsian.
    2. Pembangunan profesional dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian.
  6. Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian
    1. Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran/penyeliaan dan penilaian dipelbagai peringkat (IPT/kebangsaan/antarabangsa) melalui mana-mana yang berikut:
      1. Media sosial;
      2. Bengkel/seminar/webinar;
      3. Komuniti pembelajaran (contoh Special Interest Group);
      4. Modul pembelajaran/ buku teks;
      5. Penerbitan berwasit;
      6. Penerbitan digital [contoh e-buku, e-jurnal, bahan pembelajaran terbuka (OER/iOER)];
      7. Kursus dalam talian (contoh micro-credential, MOOCs, ODL, OCW);
      8. Bahan-bahan lain yang berkaitan.
    2. Pengiktirafan (anugerah/jemputan ucap utama/seminar/penceramah jemputan/jurulatih utama/mentor) yang diperoleh.
    3. Kepimpinan (pengerusi/jawatankuasa) dalam komuniti akademik (fakulti/IPT/persatuan akademik kebangsaan/antarabangsa) yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.

Peringkat 2: Simulasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) serta Temuduga

  1. Simulasi PdP dan temuduga akan dijalankan bagi pemohon yang telah disenarai pendek di Peringkat 1.
    1. Simulasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
      1. Simulasi PdP memerlukan calon melaksanakan sesi PdP berdasarkan topik pilihan calon dalam masa 15 minit. Calon mesti berupaya menonjolkan keterampilan diri dan kebolehan berikut:
        1. Keberkesanan komunikasi;
        2. Kejelasan penyampaian kandungan;
        3. Keupayaan meyakini dan memotivasikan ‘pelajar’;
        4. Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan;
        5. Keupayaan menilai pemahaman ‘pelajar’.
    2. Temuduga akan merangkumi perkara berikut:
      1. Falsafah pengajaran;
      2. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pembelajaran dan pengajaran;
      3. Penambahbaikan pembelajaran dan pengajaran;
      4. Kesarjanaan dalam pembelajaran dan pengajaran; dan
      5. Refleksi kendiri terhadap simulasi pengajaran.

Keputusan Penilaian

  1. Hanya pemohon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di Peringkat 2 bagi setiap kelompok akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.

Kelompok Anugerah

Bil. Kelompok Anugerah Contoh Bidang
1 Sains Tulen Biologi, Fizik, Kimia, Matematik
2 Sains Gunaan Sains Industri, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Seni Bina, Teknologi Industri, Teknikal dan Vokasional
3 Sains Kesihatan Farmasi, Kejururawatan, Kesihatan Bersekutu, Pergigian, Perubatan
4 Kejuruteraan Kejuruteraan Aeroangkasa, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanik
5 Sastera dan Sains Sosial Antropologi, Bahasa dan Linguistik, Ekonomi, Falsafah, Geografi, Kesusasteraan, Pengajian Etnik, Pengajian Islam, Psikologi, Sains Politik, Sejarah, Seni, Sosiologi
6 Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan Komunikasi, Pendidikan, Pengurusan, Perakaunan, Perniagaan, Perundangan, Psikologi Industri, Seni Persembahan
  1. Bidang pengajian yang tidak disenaraikan dalam 'Contoh Bidang' akan dimasukkan dalam kelompok berdasarkan fakulti/pusat pengajian/pusat/institut di mana pemohon mengajar.
  2. Setiap IPT perlu menentukan pemohon terbaik untuk dicalonkan bagi setiap kelompok. Hanya satu pemohon sahaja dibenarkan untuk satu kelompok.

Nilai Anugerah

  1. Nilai Anugerah Pengajaran adalah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) bagi setiap kelompok berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi.
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi