Slider

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA AAN KE-17

Asas Anugerah

  1. Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang telah memberikan sumbangan bernilai dan berdampak tinggi untuk negara dan dunia secara berterusan sepanjang hayat. Calon perlu juga seorang yang disanjungi dan diiktiraf di pelbagai peringkat dalam dan luar negara serta meninggalkan legasi yang luar biasa.
  2. Sumbangan calon membolehkan institusi berkenaan dalam mencapai aspirasi sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.
  3. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

Syarat Permohonan

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.
  2. Mentransformasi dan menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
  3. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan pada peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa.
  4. Menghasilkan dampak yang signifikan melalui sumbangan akademik yang telah dijalankan.
  5. Menjadi ikon yang disanjungi dan diiktiraf dalam bidang kepakarannya di pelbagai peringkat dalam dan luar negara.
  6. Menghasilkan legasi yang luar biasa kepada negara.
  7. Mempamerkan kepimpinan dan kecemerlangan akademia secara berterusan.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan keaslian permohonan dengan membuat deklarasi terhadap sebarang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif.
  9. Setiap IPT hanya boleh mencalonkan seorang calon sahaja.

Jenis Anugerah/ Pengiktirafan yang Dipertimbangkan untuk Permohonan Anugerah

  1. Anugerah/pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa.
  2. Semua anugerah/pengiktirafan yang telah diterima sepanjang hayat boleh dipertimbangkan.

Kriteria Penilaian

  1. Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

Nilai Anugerah

  1. Nilai Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah RM200,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2021 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Tinggi