SYARAT DAN PERATURAN UMUM ANUGERAH KHAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI: REKA BENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN INOVATIF (AKRI) 2026

Syarat Umum
  1. Permohonan adalah terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara termasuk Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.
  2. Penyertaan permohonan kategori individu atau berkumpulan terbuka kepada semua ahli akademik warganegara dan bukan warganegara yang berkhidmat secara tetap atau kontrak sepenuh masa di IPT di Malaysia.
  3. Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan bagi setiap kategori.
  4. Permohonan untuk empat (4) kategori adalah seperti berikut:
    Kurikulum Program Pengajian Inovatif (secara institusi)
    • Pengajaran Transformatif
    • Pentaksiran Alternatif
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif 
      • i. Imersif Bersemuka Secara Fizikal
      • ii. Imersif Maya
      • iii. Imersif Teradun (Blended)
    • Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan
  5. Penganjur, Urus setia, Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2026 tidak boleh memohon atau menjadi ahli kumpulan yang menyertai AKRI 2026.
  6. Semua pemenang Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Pengajaran tidak dibenarkan untuk memohon atau menjadi ahli kumpulan yang menyertai AKRI.
  7. Semua pemenang AKRI terdahulu secara individu atau ketua kumpulan tidak dibenarkan memohon dalam kategori yang sama.
  8. Projek yang sama dibenarkan memohon di dalam kategori yang lain.
  9. Setiap pemohon perlu mengisi borang Maklumat Permohonan AKRI 2026 melalui Sistem Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik di pautan https://spaka.mohe.gov.my. Maklumat yang diperlukan adalah seperti di Lampiran A.
  10. Pemohon tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang mempunyai hak cipta di dalam permohonan tanpa sebarang kenyataan yang merujuk kepada pencipta, pemilik hak cipta atau pelaku. KPT tidak bertanggungjawab di atas dakwaan terhadap sebarang pelanggaran berkaitan hak cipta.
  11. Semua bukti penerbitan dalam permohonan perlu diteliti dan disahkan oleh IPT agar tiada unsur penglibatan jurnal pemangsa (predatory journal).
  12. Setiap permohonan perlu diselaraskan dan diteliti terlebih dahulu oleh penyelaras AKRI yang dilantik oleh IPT masing-masing.
  13. Hanya permohonan yang disenarai pendek oleh Jawatankuasa Pemilih AKRI 2026 sahaja akan melalui sesi pitching.
  14. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, KPT berhak menarik semula anugerah tersebut.
  15. Semua permohonan yang layak akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilih AKRI 2026 mengikut kriteria penilaian yang telah ditetapkan.
  16. Pemohon perlu mengambil kira amalan beretika dan pemantauan standard kesaksamaan (equity), kepelbagaian (diversity), dan keterangkuman (inclusion).
  17. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan keaslian permohonan dengan membuat deklarasi terhadap penggunaan teknologi kecerdasan buatan.
  18. Keputusan Jawatankuasa Induk AKRI 2026 ADALAH MUKTAMAD.
Peraturan Dan Tatacara Permohonan
  1. Setiap permohonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor/setaraf* atau Timbalan Naib Canselor/setaraf**. Sekiranya permohonan diperakukan oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa tersebut perlu dimuat naik dalam sistem SPAKA oleh penyelaras IPT.
  2. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  3. Semua permohonan hendaklah melalui Sistem Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik yang disediakan di pautan https://spaka.mohe.gov.my.
  4. Permohonan AKRI 2026 akan dibuka pada 15 September hingga 15 Oktober 2026, Jam 5.00 petang. Pemohon digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sila layari syarat dan peraturan untuk semua kategori di https://jpt.mohe.gov.my/akri/.
* Rektor / Presiden / Ketua Eksekutif / Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti
** Timbalan Rektor / Naib Presiden / Timbalan Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti
 
Lampiran A

Borang Maklumat Permohonan AKRI 2026 melalui Sistem Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik perlu mengandungi perkara di bawah:

  1. Kategori
  2. Nama pemohon
  3. E-mel rasmi IPT masing-masing
  4. Nama Institusi Pendidikan Tinggi
  5. Fakulti / Jabatan / Institut
  6. Alamat
  7. Tajuk projek/inisiatif
  8. Penyertaan individu/berkumpulan
  9. Nama ahli kumpulan (jika ada)
  10. Dokumen sokongan dan pembuktian adalah dalam bentuk e-book (maksimum 100MB). Sekiranya e-book melebihi saiz 100MB, sila gunakan pautan yang dipendekkan (menggunakan platform seperti Bitly, Google URL Shortener dan sebagainya). Penyediaan dokumen sokongan perlu mengambil kira panduan di bawah:
    • i. Pemohon hanya dibenarkan menggunakan platform Google Drive untuk mengemukakan pembuktian.
    • ii. Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat pindaan kepada pembuktian selepas tarikh tutup permohonan.
    • iii. Semua video (jika ada) perlu dimuat naik dalam YouTube dan dikemukakan dalam bentuk pautan YouTube dalam e-book.
    • iv. Pautan kepada Google Drive tersebut perlu diberi akses kepada umum (public). Sekiranya pautan tidak dapat diakses oleh penilai, dokumen sokongan tersebut tidak akan dinilai.
 
PERINGATAN:
Sebarang penghantaran bahan bukti dalam bentuk lain (seperti dokumen bercetak, cakera padat, thumbdrive dan sebagainya) adalah tidak diterima. Sebarang maklumat yang tidak lengkap dan tidak dapat diakses akan menyebabkan permohonan tidak diproses.
 
PENAFIAN:
KPT tidak bertanggungjawab ke atas kesahihan maklumat pemohon.
 
MUAT TURUN :
SYARAT DAN PERATURAN UMUM ANUGERAH KHAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI: REKA BENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN INOVATIF (AKRI) 2026
 
  • Hits: 1063

Hakcipta Terpelihara © 2023 Kementerian Pendidikan Tinggi