• Home
  • Sorotan Aktiviti

Sorotan Aktiviti

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM KEMBARA PENDIDIKAN TINGGI @TERENGGANU & PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

 703727632 1405758191594528 4926356500255704112 n

 702531124 1405758534927827 1156808285187030674 n

 702494775 1405758484927832 4171913377806937917 n

 19 Mei 2026 | Selasa

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah meluncurkan Program Kembara Pendidikan Tinggi @Terengganu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Ajil, Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), YBrs.Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBhg. Dato' Profesor Dr. Md Amin Bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta para pegawai pengurusan tinggi JPT, UMT, UPSI, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Politeknik dan Kolej Komuniti di Terengganu.
 
Program Kembara Pendidikan Tinggi @ Terengganu adalah satu usaha dan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan bagi membawa perkhidmatan dan kepakaran yang ada di KPT khususnya di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi menyantuni dan membantu komuniti di Terengganu.Sempena dengan majlis peluncuran program tersebut pelbagai aktiviti dan pameran telah dilaksanakan oleh UMT, UniSZA, UPSI, UMPSA dan UMK di SMK Menerong, Ajil, Terengganu. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah:
         i. Pameran STEM (STEM on Wheels)
         ii. Fun Walk;
         iii. Pameran Pengajian di IPT;
         iv. Pameran Projek Pemindahan Ilmu;
         v. Sesi Kaunseling dan Bimbingan Pendidikan:
         vi. Pemeriksaan Kesihatan (Klinik Bergerak);
         vii. Flea Market;
         viii. Jualan Agro MADANI; dan
         ix. Pemeriksaan Haiwan (Klinik Veterinar Bergerak)
 
Seramai lebih kurang tiga ribu (3000) orang telah menghadiri Majlis Peluncuran Program Kembara Pendidikan Tinggi @ Terengganu & Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI UMT di SMK Menerong, Ajil, Terengganu.Aktiviti khidmat masyarakat juga telah dilaksanakan oleh para pensyarah, kakitangan dan mahasiswa UMT di Kampung Menerong bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti Kampung Menerong di Ajil, Terengganu.YB Menteri Pendidikan Tinggi juga telah menyaksikan penyerahan projek Kampung Angkat MADANI UMT di dalam majlis tersebut. YB Menteri Pendidikan Tinggi telah turut menyerahkan sijil penyertaan kepada semua wakil komuniti Kampung Menerong yang terlibat dalam projek-projek pemindahan ilmu yang dilaksanakan oleh UMT dalam program Kampung Angkat MADANI tersebut.
 
 

 702494775 1405758484927832 4171913377806937917 n

 704546977 1405758304927850 3815810783991731319 n

 703136434 1405758461594501 4587454859146354883 n

 703844553 1405758324927848 5819208759105645858 n

  • Hits: 262

SIDANG KEMUNCAK KEPIMPINAN KUALA LUMPUR 2026: YB MENTERI GARIS 5 KUALITI PEMIMPIN MASA HADAPAN

680399735 1491913009641644 484282666652973996 n

 27 April 2026 | Kuala Lumpur

​Pembentukan generasi pemimpin masa hadapan yang utuh menuntut penerapan lima (5) kualiti utama iaitu berteraskan nilai, tangkas secara intelektual, berperikemanusiaan, kolaboratif, dan berani bertindak.Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyifatkan naratif tersebut sebagai solusi tuntas bagi mendepani era penuh kekacauan menerusi kepimpinan yang memiliki kompas moral yang teguh serta integriti tinggi.
 
​Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Sidang Kemuncak Kepimpinan (Leadership Summit) Kuala Lumpur 2026 yang menghimpunkan lebih 500 orang peserta di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, petang tadi.YB Dato' Seri Diraja Dr. ​Zambry turut menjelaskan bahawa pemimpin masa kini perlu mempunyai ketangkasan intelektual untuk bertindak sebagai arkitek masa hadapan dan bukan sekadar menjadi tawanan kepada realiti masa lalu.
 
​Kepimpinan yang diharapkan juga mestilah bersifat berperikemanusiaan dengan mengutamakan empati, selain berfikiran global bagi membina jajaran strategik dalam menyelesaikan krisis sejagat.Sidang kemuncak tersebut turut memaparkan sesi ucaptama oleh Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Republik Türkiye, Prof. Dr. Erol Özvar dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Universiti Ibn Haldun, Necmettin Bilal Erdoğan.
 
Selain itu, ​ikon bola sepak dunis, Mesut Özil turut hadir mengendalikan sesi khas bagi membincangkan bagaimana pengaruh awam mampu digunakan untuk memupuk perpaduan sosial dan keamanan sejagat.Forum kemuncak bertajuk “Kepimpinan dalam Era Kekeliruan” telah menampilkan barisan ahli panel, antaranya Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah; Presiden Yayasan Sycamore, Sharif Hassan al-Banna MBE; serta Pengerusi Eksekutif Polity, Nurul Izzah Anwar.​Prakarsa tersebut merupakan kolaborasi strategik antara KPT melalui UTM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, serta Yayasan Sycamore bagi memposisikan universiti sebagai tiang utama diplomasi global.
 
​Hadir sama Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia, TYT Emir Salim Yuksel; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Haji Mokhtar; serta Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry Mohammad Rahim.
 

 679198033 1491909326308679 1855056366980938956 n

 682086647 1491911336308478 1687321689619691467 n

 680610687 1491912846308327 5581147994150088731 n

 684204322 1491912872974991 1165202364068148038 n

 
 
 
 
  • Hits: 297

DELEGASI JC MALAYSIA-TÜRKİYE TINJAU POTENSI TEKNOLOGI TEMPATAN DI VITROX

 682701324 1493116036188008 4207109966466320471 n

 679442323 1493115816188030 1414572127158909590 n

28 April 2026 | Georgetown, Pulau Pinang

Usai sesi Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama (JC) antara Malaysia dan Republik Türkiye pagi tadi, kesemua ahli mesyuarat telah dibawa ke ViTrox Technologies Sdn. Bhd. bagi melengkapkan agenda lawatan kerja rasmi mereka.​Dalam lawatan tersebut, rombongan yang diiringi oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan wakil Türkiye itu telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ViTrox Technologies, Dato' Chu Jenn Weng serta barisan pengurusan syarikatPara perwakilan telah diberikan taklimat khas berkaitan kemajuan teknologi syarikat dan kemudiannya dibawa menyusuri sekitar kampus ViTrox bagi menyaksikan secara dekat proses operasi berteknologi tinggi yang dijalankan.
 
ViTrox Technologies Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat teknologi terkemuka yang diasaskan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan kebolehpasaran dan kualiti graduan universiti tempatan di persada antarabangsa.Diasaskan pada tahun 2000, syarikat itu diterajui oleh alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dan kini bergelar pemain utama global dalam industri peralatan pemeriksaan visi automatik (automated vision inspection) untuk sektor semikonduktor.
 
​Di samping itu, sebagai sebuah syarikat berstatus multinasional yang lahir dari ekosistem pendidikan tinggi negara, ViTrox terus mengorak langkah mendahului inovasi teknologi dengan komitmen berterusan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D).Kejayaan syarikat tersebut bukan sahaja menyumbang kepada kerancakan industri teknologi negara, malah menjadi penanda aras kecemerlangan kepada institusi pendidikan tinggi dalam melahirkan modal insan berteknologi tinggi masa hadapan.
 

 655761027 1493115979521347 8704710979628799873 n

 679746236 1493115972854681 7735156041944494360 n

 679746236 1493115972854681 7735156041944494360 n

 655761027 1493116046188007 8227336734008144088 n

  • Hits: 284

KPT PERKUKUH DIPLOMASI AKADEMIK DAN INOVASI MASA HADAPAN MELALUI MESYUARAT JC KEDUA MALAYSIA-TÜRKİYE

 681407827 1493102512856027 6358530951865825678 n

 684209047 1493102382856040 4019446606316069669 n

28 April 2026 | Georgetown, Pulau Pinang

Pemerkasaan diplomasi akademik dan perluasan jaringan kerjasama strategik terus menjadi teras utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam melengkapkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta masyarakat bagi mendepani cabaran dan peluang masa hadapan.Sejajar dengan wawasan tersebut, KPT telah menganjurkan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama (JC) antara Malaysia dan Republik Türkiye yang berlangsung di Pulau Pinang bermula 27 hingga 29 April 2026.
 
Mengulas lanjut mengenainya, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menekankan bahawa mesyuarat itu bukan sahaja mencerminkan kerjasama dua hala, sebaliknya mewakili visi bersama untuk memperkukuh diplomasi akademik, memperluas perkongsian strategik, dan mempersiapkan institusi untuk cabaran akan datang.Bagi melancarkan agenda berkenaan, mesyuarat yang menghimpunkan pengurusan tertinggi sektor pendidikan itu telah dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dan Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Türkiye (CoHE), TYT Prof. Dr. Erol Özvar.Menelusuri susur galurnya, penganjuran di Pulau Pinang tersebut sebenarnya meneruskan kesinambungan serta momentum positif daripada Mesyuarat JC Pertama yang telah diadakan di Istanbul pada 8 hingga 11 April 2025.
 
Terdahulu, pertemuan sulung tersebut telah berjaya meletakkan asas kerjasama yang kukuh meliputi aspek pembiayaan penyelidikan bersama, pembangunan kapasiti akademik, perkongsian strategik, pertukaran maklumat, serta pengiktirafan bersama antara kedua-dua negara.Sebagai manifestasi komitmen tersebut, hasil persetujuan mesyuarat JC Kedua itu dimeterai menerusi Minit Persetujuan (Agreed Minutes) bagi meneroka bidang kolaborasi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan aeroangkasa, kelestarian, transformasi digital, dan teknologi hijau.Lebih bermakna lagi, delegasi Malaysia turut memanfaatkan platform strategik itu untuk berkongsi aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 (RPTM) yang menggariskan 10 lonjakan strategik bagi melahirkan modal insan pembina negara yang berteraskan nilai, mampan, dan inklusif.
 
Pada masa yang sama, standard kualiti akademik di peringkat antarabangsa terus diperkasakan melalui pertukaran satu (1) Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Turkish Higher Education Quality Council (YÖKAK/THEQC).Dalam perkembangan berkaitan, kerjasama erat antara institusi kedua-dua negara turut terbukti menerusi pemeteraian tujuh (7) Surat Niat (LoI) melibatkan Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi Malaysia bersama rakan institusi dari Türkiye termasuk Ibn Haldun University serta Middle East Technical University (METU).Turut menjadi tumpuan, mesyuarat itu juga bersetuju dengan rancangan untuk menubuhkan Pusat Pengajian Malaysia-Türkiye (Centre for Malaysia-Türkiye Studies) di Malaysia yang bakal berfungsi sebagai hab strategik bagi penyelidikan bersama dan pertukaran akademik peringkat tinggi.Pada masa yang sama, satu projek bersama bagi pengarkiban dan terjemahan manuskrip bernilai tinggi turut dicadangkan bagi memelihara warisan intelektual dan mendalami ikatan budaya antara kedua-dua buah negara.
 
Di samping itu, bersempena dengan penganjuran mesyuarat ini, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan USM telah melaksanakan Program Kepimpinan Malaysia-Türkiye sebagai platform perkongsian amalan terbaik kepimpinan antara pegawai kanan perkhidmatan awam dan tokoh akademik.
Tidak ketinggalan, peranan Pasukan Kerja Teknikal TVET Malaysia-Türkiye yang ditubuhkan pada Februari 2025 terus diperkukuh bagi meluaskan kerjasama kemahiran dalam sektor strategik seperti maritim, kejuruteraan, dan teknologi.
 
Kesimpulannya, Malaysia terus komited untuk memperkukuh jaringan strategik bersama Türkiye demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara berterusan oleh para pelajar, institusi, serta masa depan kedua-dua negara.Mesyuarat bersejarah itu turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat iaitu Naib Presiden Lembaga Pemegang Amanah Ibn Haldun University, TYT Necmeddin Bilal Erdoğan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah; barisan pengurusan tertinggi KPT; barisan pengurusan tertinggi CoHE; Naib-Naib Canselor IPT awam dan swasta; serta para rektor dari universiti-universiti terkemuka Türkiye.
 
 682233754 1493102439522701 8535828888337861891 n

 680251808 1493102306189381 1480507230823394001 n

 681234696 1493102476189364 5862538476593728253 n

 681280897 1493102176189394 1797381532079999770 n

  • Hits: 301

Follow us on official social media:

©2023 Department Of Higher Education, Ministry Of Higher Education. Copyright Reserved