4 April 2025, Putrajaya - Jabatan Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Program Pembangunan dan Pemantapan Kepimpinan Bersama IPTS (MyLEADER) di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi dan turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook.

Dirasmikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, program ini menghimpunkan Presiden Persatuan, ketua eksekutif serta wakil IPTS dari seluruh negara.

Melalui penganjuran Program MyLEADER, diharapkan IPTS dapat memperkukuh tadbir urus institusi secara lebih dinamik, meningkatkan jaminan kualiti pendidikan, serta melahirkan graduan yang berdaya saing dan relevan dengan keperluan pasaran kerja. Selain itu, program ini juga diharap dapat merapatkan kerjasama antara akademia dan industri serta meningkatkan kesedaran IPTS terhadap pematuhan dasar, perundangan dan peluang insentif yang disediakan kerajaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran program MyLEADER ini.

    Follow us on official social media:

    ©2023 Department Of Higher Education, Ministry Of Higher Education. Copyright Reserved