KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY OF NOTTINGHAM KE ATAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Nottingham pada 20 Julai 2026 (Isnin).
Delegasi tersebut diketuai oleh Professor Jane Norman, Vice Chancellor, University of Nottingham (UK), dan turut disertai oleh:
- Professor David FitzPatrick – Provost and Chief Executive Officer, University of Nottingham Malaysia (UNM)
- Chris Hunt – Chief Operating Officer, University of Nottingham
- Patrick Joseph – Registrar, University of Nottingham Malaysia (UNM)
- Niall O’Loughlin – Director of Research & Innovation Strategy, University of Nottingham
Turut hadir mewakili Jabatan Pendidikan Tinggi ialah Encik Husaini Amir Azizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta, dan YBrs. Dr. Ida Saliny Hassan, Pengarah Bahagian Governan IPTS.
Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Pendidikan Tinggi dengan University of Nottingham, di samping membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan bagi memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
"Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi Malaysia ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global."
- Hits: 197



















