Laman Utama

Industry Ready Talent Bootcamp: KodeMyFuture (IRTB: KodeMyFuture) 2025

 
 
591276909 1269670615203287 8964334246008061484 n
 
 
Pada 28 November – 1 Disember 2025, telah berlangsung Industry Ready Talent Bootcamp: KodeMyFuture (IRTB: KodeMyFuture) bertempat di Pusat Latihan Kepimpinan dan Pembangunan, UiTM, Bandar Enstek. Program ini merupakan inisiatif pembangunan bakat anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Tata Consultancy Services (TCS), dan UiTM telah dilantik sebagai universiti hos bagi penganjuran siri tahun ini. Seramai 90 peserta dari pelbagai Universiti Awam telah menyertai program ini. Program intensif selama empat hari ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan graduan dalam bidang teknologi digital melalui latihan menyeluruh yang merangkumi:
 
                           * Cybersecurity
                           * AI & Data Visualization
                           * ESG (Environmental, Social & Governance)
                           * Design Thinking
 
Peserta turut menjalani National Qualifier Test (NQT), iaitu penilaian standard industri oleh TCS bagi mengukur kesediaan calon untuk memasuki kerjaya digital peringkat permulaan. Di akhir program ini, peserta yang mencapai tahap kompetensi ditetapkan akan menerima surat tawaran pekerjaan daripada TCS dan rakan industri yang terlibat, dengan anggaran gaji permulaan premium menjadikannya antara laluan kerjaya graduan paling kompetitif dalam sektor teknologi digital. Program ini dijangka memberi impak besar dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan, seterusnya menyokong agenda KPT dalam memperkukuh pembangunan bakat berorientasikan industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja digital negara.
 
 
 589736062 1269670585203290 2360659940561716162 n

 591339084 1269670555203293 1750649261734044293 n

 593240751 1269670581869957 7142573402380047388 n

  • Hits: 303

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara