1) MAKLUMAT KERJASAMA PENDIDIKAN TINGGI SEHINGGA 30 JUN 2025
2) JUMLAH KERJASAMA MENGIKUT UNIVERSITI
3) JUMLAH KERJASAMA MENGIKUT NEGARA & BIDANG
4) JUMLAH KERJASAMA MENGIKUT DOKUMEN
5) PROGRAM DANA PADANAN PENGAYAAN ANTARABANGSA MALAYSIA TAHUN 2026
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Seksyen Kerjasama IPT Luar Negara dan Hubungan Antarabangsa Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Tel: 03-8870 6591/6629/6626/4871
1)Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University, Amerika Syarikat
Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University, Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai kursi akademik luar negara pertama Malaysia. Hasil kerjasama strategik dengan Institut Teknologi MARA, kursi ini memfokuskan kepada Pengajian Asia Tenggara dan memberikan peluang kepada akademik Malaysia untuk mengajar serta menjalankan penyelidikan, sekali gus memperkenalkan sejarah, budaya, ekonomi, sosial, dan politik Malaysia kepada masyarakat Amerika Syarikat.
Rakan Strategik
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dilantik sebagai rakan strategik bagi tempoh 5 tahun (2023 - 2028).
UiTM berperanan menyokong pelaksanaan Kursi Tun Abdul Razak melalui kerjasama akademik, penyelidikan, dan mobiliti, di samping memperluas penyebaran Pengajian Asia Tenggara serta menjadi penghubung antara kursi dengan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
2) Kursi Eropah bagi Pengajian Melayu di Leiden University, Belanda
Kursi Eropah bagi Pengajian Melayu di Leiden University, Belanda ditubuhkan pada tahun 1989 susulan Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu di UKM. Leiden dipilih kerana memiliki koleksi manuskrip Melayu terbesar di Eropah. Kursi ini berperanan sebagai pusat pengajian Melayu, memperluas pengaruh bahasa dan budaya Melayu di Eropah, serta memperkenalkan tokoh akademik Malaysia sebagai fasilitator perkembangan pengajian Melayu di benua tersebut.
Rakan Strategik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai rakan strategik bagi tempoh 5 tahun (2023 - 2028).
UKM berperanan mendukung pelaksanaan Kursi Eropah melalui kepakaran akademik, penyelidikan, dan penerbitan; memperkukuh pengajian Melayu di Eropah; serta menjadi rakan rujukan utama bagi jaringan kerjasama akademik antara Malaysia dan Leiden University
3)Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington, New Zealand
Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington, New Zealand ditubuhkan pada 1996 hasil persetujuan Malaysia–New Zealand dan dijenamakan semula pada 2023. Kursi ini menyebarkan ilmu tentang Malaysia, menjadi pusat rujukan akademik, menggalakkan penyelidikan bersama,memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi, serta memperkayakan sumber digital dua negara.
Rakan Strategik
Universiti Malaya (UM) telah dilantik sebagai rakan strategik bagi tempoh 5 tahun (2023 - 2028).
UM berperanan menyokong pelaksanaan kursi melalui kepakaran akademik dan penyelidikan, memperkukuh program mobiliti dan persidangan, serta bertindak sebagai rakan rujukan utama dalam memperluas Pengajian Malaysia di New Zealand.
4)Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University, China
Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) ditubuhkan pada 10 Januari 2007 hasil keputusan Jemaah Menteri untuk memperkukuh pengajian bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di Asia Timur serta mengeratkan kerjasama Malaysia–China. Kursi ini berfungsi sebagai pusat rujukan dan penyelidikan Pengajian Melayu, memperluas pengaruh bahasa Melayu di rantau tersebut, menghubungkan IPT Malaysia dengan BFSU, serta memperkenalkan tokoh akademik Malaysia. BFSU sendiri telah menawarkan Pengajian Bahasa Melayu sejak 1961 dan kini mengajar lebih 100 bahasa asing. Pada tahun 2024, kursi ini dijenamakan semula sebagai Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim.
Rakan Strategi
Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik sebagai rakan strategik bagi tempoh 5 tahun (2023 - 2028).
USM berperanan memperkukuh jalinan kerjasama Pengajian Melayu sedia ada di China serta meningkatkan lagi usaha penyelidikan, akademik, dan penerbitan,di samping menjadi penghubung utama antara kursi, IPT Malaysia, dan BFSU.
5) Kursi Pengajian Melayu di Hankuk University of Foreign Studies
Kursi Pengajian Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri untuk ditubuhkan pada 2005 dan secara rasminya MoU ditandatangani pada tahun 2008 bagi tempoh lima (5) tahun. Cadangan penubuhan kursi ini adalah hasil daripada lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Korea Selatan pada 24 Ogos 2004 dan berpandangan bahawa penubuhan Kursi Pengajian Melayu di negara berkenaan dapat memperkukuh kerjasama dua negara dan juga sebagai pusat pengajian dalam Pengajian Melayu di negara-negara Asia yang membolehkan maklumat-maklumat penting dapat dikumpul dan penyelidikan dapat dijalankan.
KPT berperanan memberi kelulusan bagi permohonan IPTS untuk melaksanakan aktiviti promosi ke luar negara sebagai syarat kelayakan tuntutan potongan cukai di bawah LHDNM.
Borang permohonan boleh dimuat turun daripada pautan ini:
Jawatankuasa Koordinasi Program Promosi Eksport (JK-X) telah ditubuhkan pada 27 November 2018 hasil keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP), dengan MATRADE bertindak sebagai sekretariat.
Melalui jawatankuasa ini, semua program promosi eksport diselaraskan dengan lebih tersusun bagi mengelakkan pertindihan, menjimatkan kos dan memastikan peruntukan kerajaan digunakan dengan sebaiknya. JK-X juga menjadi platform perkongsian idea antara kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta.
Selain itu, JK-X turut memantau pelaksanaan syor National Trade Blueprint (NTBp) yang bertujuan memperkukuh ekosistem perdagangan negara. Usaha ini secara langsung meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran global, sekali gus memberi manfaat besar kepada rakyat dan ekonomi negara.