Membuka permohonan UPUOnline kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf dalam tempoh 30 hari bekerja.
Memastikan sekurang-kurangnya 80% maklum balas yang diterima melalui Sistem Maklum Balas UPU diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Memastikan sekurang-kurangnya 80% tahap kepuasan pelanggan terhadap aktiviti promosi dan pameran yang dilaksanakan berkaitan UPUOnline.
Melengkapkan Kertas Siasatan (IP) baharu yang dibuka dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam tempoh 90 hari bekerja.
Memberi maklum balas awal dalam tempoh 48 jam bekerja dan maklum balas awal perkembangan dalam tempoh 15 hari bekerja berhubung pengurusan aduan dari tarikh aduan diterima.
Menyediakan memo arahan penyaluran peruntukan bagi pelaksanaan program di Universiti Awam kepada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah kelulusan program diperolehi daripada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT).
Menyediakan surat kelulusan pelaksanaan program kepada universiti yang terpilih dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat perakuan pengerusi mesyuarat melalui Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program atau Jawatankuasa yang setara.
Mengeluarkan kelulusan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) seperti yang berikut:
Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) tempoh masa daripada tarikh kelulusan Jawatankuasa Pemandu Dana Penyelidikan KPT sehingga keputusan dimaklumkan kepada institusi.
Memproses dan menilai Permohonan Penawaran Program Akademik Baharu daripada Universiti Awam yang lengkap diproses untuk diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi dalam tempoh 45 hari bekerja.
Mengeluarkan surat keputusan kepada pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan.
Mengeluarkan Surat Sokongan Rayuan Ke Atas Pelanjutan Visa Dan Pas Pelajar Bagi Pelajar Antarabangsa Kepada IPT.