BAHAGIAN STANDARD SWASTA (BSS)

1. LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Standard Swasta merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam memastikan tadbir urus Institusi  Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah mengikut piawaian yang ditetapkan bagi memperkukuhkan industri pendidikan tinggi dan menghasilkan program pengajian yang berkualiti. Terdiri dari 6 seksyen iaitu Seksyen Perhubungan, Seksyen Piawaian, Seksyen Pendaftaran, Seksyen Universiti Swasta, Seksyen Kolej Swasta, Seksyen Kawal Selia Lesen Pelajar Antarabangsa serta satu Unit Khidmat Pengurusan dengan kekuatan 44 pegawai tetap dan 26 pegawai lantikan Personel MyStep.

2. VISI & MISI

VISI

Kecemerlangan dalam pendidikan tinggi untuk kesejahteraan insan.

MISI

Memastikan pendidikan tinggi berkualiti untuk mencapai keunggulan global.

3. OBJEKTIF BAHAGIAN

Memastikan tadbir urus IPTS mengikut piawaian yang ditetapkan bagi memperkukuh industri pendidikan tinggi dan menghasilkan kursus pengajian yang berkualiti.

4. PIAGAM PELANGGAN

  1. Surat Kelulusan Penubuhan Baharu IPTS dalam tempoh 44 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran IPTS dalam tempoh 30 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima (termasuk kelulusan daripada 3 agensi).
  3. Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian Baharu/ Tambahan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor MQA.
  4. Sijil Permit Mengajar dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
  5. Surat Sokongan Permohonan Pas Penggajian Tenaga Pengajar Warga Asing dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

5. STRUKTUR ORGANISASI (CARTA ORGANISASI TERKINI) & CARTA FUNGSI 2026 - BAHARU

CARTA ORGANISASI BSS

6. FUNGSI

  • Merancang, menetapkan dan mengawal selia kriteria, proses atau piawaian berhubung penubuhan, pendaftaran dan pengoperasian IPTS untuk menjamin kualiti sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan peruntukan Akta 555 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, dasar dan pekeliling Kementerian.
  • Menyelaras, mengawal selia dan memproses permohonan berhubung penubuhan,pendaftaran dan pengoperasian IPTS.
  • Merancang dan mengawal selia sistem-sistem yang berkaitan kawal selia pengoperasian IPTS untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

7. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

 

  Bahagian Standard Swasta (BSS)

  Aras 5, No. 2, Menara 2,

  Jalan P5/6, Presint 5,

  62200 W.P. Putrajaya.

  TEL: 03-8870 6686

  e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

  • Hits: 635

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA (BKPA)

1. LATAR BELAKANG BAHAGIAN

  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada tahun 1972 hingga 10 Oktober 1995.
  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004, UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
  • Mulai Januari 2005, bahagian ini dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)). Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 1 Januari 2005.
  • Mulai tahun 2019, BPKP sekali lagi dijenamakan semula sebagai Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) dengan fungsi utama yang sama.
  • Walau bagaimanapun, berkuat kuasa dari sesi akademik 2025/2026, skop peranan BKPA telah disesuaikan di mana BKPA kini hanya bertanggungjawab mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

2. VISI & MISI

VISI

Merealisasikan Wawasan Negara menjadikan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT sebagai pusat sehenti bersepadu yang cemerlang dalam penyelarasan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

MISI

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT komited untuk melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti berlandaskan dasar kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) secara sistematik, telus dan adil.

3. OBJEKTIF BAHAGIAN

Menjadikan organisasi yang berwibawa dalam pengurusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui pelaksanaan dasar dan pengurusan sumber yang menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  • Menerajui perkhidmatan berintegriti dan berkualiti.
  • Menepati undang-undang, dasar, prosedur dan peraturan.
  • Sistematik, telus dan adil dalam semua peringkat pengurusan.
  • Berorientasikan pencapaian objektif.
  • Mesra dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

4. PIAGAM PELANGGAN

  1. Membuka permohonan UPUOnline kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% maklum balas yang diterima melalui Sistem Maklum Balas UPU diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% tahap kepuasan pelanggan terhadap aktiviti promosi dan pameran yang dilaksanakan berkaitan UPUOnline.

5. STRUKTUR ORGANISASI (CARTA ORGANISASI TERKINI) & CARTA FUNGSI 2026 - BAHARU

 

Untitled

 Untitled2

  

6. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN

  • Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk pogram pengajian Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi program pengajian Lepasan SPM.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) bagi program pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memantau trend kemasukan dan perimbangan pelajar mengikut bidang pengajian termasuk STEM dan Sains Sosial bagi program pengajian Lepasan STPM/Setaraf selaras dengan dasar dan unjuran strategik Kementerian dari semasa ke semasa.
  • Melaksanakan dasar bagi kemasukan pelajar ke program pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
  • Menerajui pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kemasukan pelajar melalui pengurusan sistem aplikasi yang holistik, selamat, dan selaras dengan dasar Kerajaan Digital.
  • Mengurus dan menyelaras perkhidmatan kaunseling dan Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) bagi persiapan pelajar untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kewangan di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA, JPT) termasuk Akaun Amanah.
  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan data kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) dan memantapkan kawal seliaan.

7. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

  Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA)

  Aras 4, No. 2, Menara 2,

  Jalan P5/6, Presint 5,

  62200 W.P. Putrajaya.

  TEL: 03-8870 8200

  FAX: 03-8870 6864

  • Hits: 843

Bahagian Governan IPTA (BGA)

LATAR BELAKANG

“ Merancang, menyelia dan memantau perkara-perkara berkaitan pemantapan tadbir urus, pengurusan bakat, kemampanan pendanaan, pemerkasaan autonomi dan penyeliaan akta-akta yang melibatkan 20 buah Universiti Awam (UA) termasuk keperluan pembaharuan Undang-Undang berkaitan ”

OBJEKTIF BAHAGIAN GOVERNAN IPTA

  • Merancang, menyelaras dan menggubal dasar bagi memperkasa IPTA selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN);
  • Membangunkan sistem pengurusan IPTA yang mantap, cekap dan inovatif melalui pelaksanaan autonomi dan penurunan kuasa secara berperingkat bagi semua IPTA;
  • Menguruskan pelantikan dan hal ehwal pengurusan tertinggi IPTA;
  • Merancang dan menguruskan penubuhan IPTA;
  • Melaksana program pemantapan sumber manusia IPTA dan sanjungan kesarjanaan;
  • Memastikan akta dan semua perundangan subsidiari yang berkaitan dengan IPTA sentiasa dikemaskini.

 

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN GOVERNAN IPTA

 

 

FUNGSI BAHAGIAN

A) SEKSYEN TADBIR URUS

  1. Merancang, memantau dan menyelaras urusan pelantikan Canselor, Pro-Canselor, Lembaga Pengarah Universiti, Naib Cancelor, Timbalan Naib Canselor dan Pengarah/Rektor Kampus Cawangan Universiti Awam;
  2. Merancang dan membangunkan kriteria kelayakan Profesor;
  3. Menguruskan perkara berkaitan sanjungan kesarjanaan (Profesor Ulung/Profesor Diraja);
  4. Bertanggungjawab sebagai urus setia Bersama Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam;
  5. Menguruskan pelaksanaan mesyuarat berkala Pengurusan Tertinggi Kementerian Bersama Pengurusan Universiti Awam;
  6. Menguruskan hal ehwal skim perkhidmatan dan perjawatan pengurusan tertinggi Universiti Awam;
  7. Menguruskan permohonan Pemastautin Tetap pensyarah Universiti Awam;
  8. Menyelaras sokongan terhadap permohonan bagi mendapatkan taraf penduduk tetap (PR) oleh pensyarah dan pegawai perubatan warga asing untuk kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);

B) SEKSYEN TATA KELOLA

  1. Meyelaras aktiviti yang berkaitan Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi memastikan dapat beroperasi dengan berkesan;
  2. Menyelaras pengurusan input berkaitan autonomi dan penurunan kuasa dari Agensi Pusat/ Kementerian/ Menteri kepada Universiti Awam bagi membolehkan universitI beroperasi sebagai satu entiti yang berautonomi;
  3. Mengurus dan memantau kes-kes aduan berkaitan Pengurusan Utama UA, pensyarah dan anggota pentadbiran UA.
  4. Menyelaras dan menyediakan maklum balas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkaitan BGA.

C) SEKSYEN PENGURUSAN OPERASI

  1. Menyelia dan memantau proses mengkaji, menyemak, menggubal dan mengemaskini akta / perundangan berkaitan dengan pengajian tinggi seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (AKTA 30), Akta UiTM 1976 (Akta 173), Akta IIUM dan lain-lain;
  2. Menguruskan proses perundangan subsidiari iaitu mendapatkan perkenan Diraja dan pewartaan Perlembagaan UA, pewartaan Statut UA, Kaedah dan Peraturan (Tataterbit Pelajar);
  3. Menguruskan permohonan penubuhan/pembubaran universiti awam agar selaras dengan dasar-dasar semasa kerajaan;
  4. Menyelaraskan permohonan penubuhan entiti akademik baharu / penstrukturan semula / penjenamaan entiti akademik di UA dan proses akreditasi kampus cawangan; dan
  5. Menguruskan perakuan ijazah kehormat universiti awam agar selaras dengan dasar-dasar semasa kerajaan.

D) SEKSYEN KAWAL SELIA

  1. Menyelaras berkaitan penjanaan kutipan dana Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (UA) untuk kemampanan kewangan UA;
  2. Memantau pelaksanaan model pendanaan baharu (NFF) bagi meningkatkan kemampuan kewangan UA;
  3. Menguruskan penyediaan maklum balas input hal-hal berkaitan peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi memastikan perancangan di bawah Rancangan Malaysia;
  4. Menguruskan penetapan KPI Outcome Based Budgeting (OBB) di peringkat JPT;
  5. Memantau permohonan bagi penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas UA untuk meningkatkan penjanaan pendapat;
  6. Mengelola pelantikan Lembaga Pengarah syarikat induk UA mengikut garis panduan yang ditetapkan;
  7. Memantau pelaksanaan semua penjanaan pengurusan Universiti di UA bagi mengadaptasi amalan terbaik;
  8. Menyelaraskan Jawatankuasa Kerja (Inisiatif 2.4.2) Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019–2023 KPT untuk meningkatkan tahap integriti pengurusan UA;
  9. Menyelaraskan pelaporan Jawatankuasa Anti Rasuah Universiti Awam (JAR UA) bagi meningkatkan tahap integriti UA;
  10. Menyelaraskan isu-isu Parlimen Malaysia; dan
  11. Menyelaraskan pelantikan Pegawai Pengelas Dokumen Universiti Awam bagi memastikan tadbir urus yang cekap dan berkesan.

E) UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Menyelaraskan dan mengurus hal ehwal kewangan, perolehan, aset dan stor Bahagian;
  2. Menyelaraskan urusan berkaitan MyPortfolio, MyPerformance, KPI, SKT dan perancangan strategik Bahagian;
  3. Menyelaraskan pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti perjawatan, perkhidmatan, latihan, cuti, kemudahan, elaun dan lain-lain;
  4. Menyelaraskan dan mengurus pentadbiran am seperti surat-menyurat, pengurusan fail dan dokumen, keselamatan, keurusetiaan dan ruang pejabat yang kondusi;
  5. Menyelaraskan dan mengurus aktiviti pengauditan, penarafan dan pensijilan kualiti seperti MS ISO 9001:2019, SSR, EKSA dan lain-lain.

 

E) MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Bahagian Governan IPTA (BGA),

Aras 8, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

62200 W.P. Putrajaya    

TEL :03-8870 6711   

FAX :03-8870 6859

  • Hits: 768

Follow us on official social media:

©2023 Department Of Higher Education, Ministry Of Higher Education. Copyright Reserved