Bahagian Governan IPTA (BGA)
LATAR BELAKANG
“ Merancang, menyelia dan memantau perkara-perkara berkaitan pemantapan tadbir urus, pengurusan bakat, kemampanan pendanaan, pemerkasaan autonomi dan penyeliaan akta-akta yang melibatkan 20 buah Universiti Awam (UA) termasuk keperluan pembaharuan Undang-Undang berkaitan ”
OBJEKTIF BAHAGIAN GOVERNAN IPTA
- Merancang, menyelaras dan menggubal dasar bagi memperkasa IPTA selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN);
- Membangunkan sistem pengurusan IPTA yang mantap, cekap dan inovatif melalui pelaksanaan autonomi dan penurunan kuasa secara berperingkat bagi semua IPTA;
- Menguruskan pelantikan dan hal ehwal pengurusan tertinggi IPTA;
- Merancang dan menguruskan penubuhan IPTA;
- Melaksana program pemantapan sumber manusia IPTA dan sanjungan kesarjanaan;
- Memastikan akta dan semua perundangan subsidiari yang berkaitan dengan IPTA sentiasa dikemaskini.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN GOVERNAN IPTA
FUNGSI BAHAGIAN
A) SEKSYEN TADBIR URUS
- Merancang, memantau dan menyelaras urusan pelantikan Canselor, Pro-Canselor, Lembaga Pengarah Universiti, Naib Cancelor, Timbalan Naib Canselor dan Pengarah/Rektor Kampus Cawangan Universiti Awam;
- Merancang dan membangunkan kriteria kelayakan Profesor;
- Menguruskan perkara berkaitan sanjungan kesarjanaan (Profesor Ulung/Profesor Diraja);
- Bertanggungjawab sebagai urus setia Bersama Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam;
- Menguruskan pelaksanaan mesyuarat berkala Pengurusan Tertinggi Kementerian Bersama Pengurusan Universiti Awam;
- Menguruskan hal ehwal skim perkhidmatan dan perjawatan pengurusan tertinggi Universiti Awam;
- Menguruskan permohonan Pemastautin Tetap pensyarah Universiti Awam;
- Menyelaras sokongan terhadap permohonan bagi mendapatkan taraf penduduk tetap (PR) oleh pensyarah dan pegawai perubatan warga asing untuk kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
B) SEKSYEN TATA KELOLA
- Meyelaras aktiviti yang berkaitan Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi memastikan dapat beroperasi dengan berkesan;
- Menyelaras pengurusan input berkaitan autonomi dan penurunan kuasa dari Agensi Pusat/ Kementerian/ Menteri kepada Universiti Awam bagi membolehkan universitI beroperasi sebagai satu entiti yang berautonomi;
- Mengurus dan memantau kes-kes aduan berkaitan Pengurusan Utama UA, pensyarah dan anggota pentadbiran UA.
- Menyelaras dan menyediakan maklum balas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkaitan BGA.
C) SEKSYEN PENGURUSAN OPERASI
- Menyelia dan memantau proses mengkaji, menyemak, menggubal dan mengemaskini akta / perundangan berkaitan dengan pengajian tinggi seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (AKTA 30), Akta UiTM 1976 (Akta 173), Akta IIUM dan lain-lain;
- Menguruskan proses perundangan subsidiari iaitu mendapatkan perkenan Diraja dan pewartaan Perlembagaan UA, pewartaan Statut UA, Kaedah dan Peraturan (Tataterbit Pelajar);
- Menguruskan permohonan penubuhan/pembubaran universiti awam agar selaras dengan dasar-dasar semasa kerajaan;
- Menyelaraskan permohonan penubuhan entiti akademik baharu / penstrukturan semula / penjenamaan entiti akademik di UA dan proses akreditasi kampus cawangan; dan
- Menguruskan perakuan ijazah kehormat universiti awam agar selaras dengan dasar-dasar semasa kerajaan.
D) SEKSYEN KAWAL SELIA
- Menyelaras berkaitan penjanaan kutipan dana Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (UA) untuk kemampanan kewangan UA;
- Memantau pelaksanaan model pendanaan baharu (NFF) bagi meningkatkan kemampuan kewangan UA;
- Menguruskan penyediaan maklum balas input hal-hal berkaitan peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi memastikan perancangan di bawah Rancangan Malaysia;
- Menguruskan penetapan KPI Outcome Based Budgeting (OBB) di peringkat JPT;
- Memantau permohonan bagi penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas UA untuk meningkatkan penjanaan pendapat;
- Mengelola pelantikan Lembaga Pengarah syarikat induk UA mengikut garis panduan yang ditetapkan;
- Memantau pelaksanaan semua penjanaan pengurusan Universiti di UA bagi mengadaptasi amalan terbaik;
- Menyelaraskan Jawatankuasa Kerja (Inisiatif 2.4.2) Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019–2023 KPT untuk meningkatkan tahap integriti pengurusan UA;
- Menyelaraskan pelaporan Jawatankuasa Anti Rasuah Universiti Awam (JAR UA) bagi meningkatkan tahap integriti UA;
- Menyelaraskan isu-isu Parlimen Malaysia; dan
- Menyelaraskan pelantikan Pegawai Pengelas Dokumen Universiti Awam bagi memastikan tadbir urus yang cekap dan berkesan.
E) UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
- Menyelaraskan dan mengurus hal ehwal kewangan, perolehan, aset dan stor Bahagian;
- Menyelaraskan urusan berkaitan MyPortfolio, MyPerformance, KPI, SKT dan perancangan strategik Bahagian;
- Menyelaraskan pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti perjawatan, perkhidmatan, latihan, cuti, kemudahan, elaun dan lain-lain;
- Menyelaraskan dan mengurus pentadbiran am seperti surat-menyurat, pengurusan fail dan dokumen, keselamatan, keurusetiaan dan ruang pejabat yang kondusi;
- Menyelaraskan dan mengurus aktiviti pengauditan, penarafan dan pensijilan kualiti seperti MS ISO 9001:2019, SSR, EKSA dan lain-lain.
E) MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
Bahagian Governan IPTA (BGA),
Aras 8, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
TEL :03-8870 6711
FAX :03-8870 6859
- Hits: 490