BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA (BKPA)

1. LATAR BELAKANG BAHAGIAN

  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada tahun 1972 hingga 10 Oktober 1995.
  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004, UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
  • Mulai Januari 2005, bahagian ini dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)). Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 1 Januari 2005.
  • Mulai tahun 2019, BPKP sekali lagi dijenamakan semula sebagai Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) dengan fungsi utama yang sama.
  • Walau bagaimanapun, berkuat kuasa dari sesi akademik 2025/2026, skop peranan BKPA telah disesuaikan di mana BKPA kini hanya bertanggungjawab mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

2. VISI & MISI

VISI

Merealisasikan Wawasan Negara menjadikan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT sebagai pusat sehenti bersepadu yang cemerlang dalam penyelarasan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

MISI

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT komited untuk melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti berlandaskan dasar kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) secara sistematik, telus dan adil.

3. OBJEKTIF BAHAGIAN

Menjadikan organisasi yang berwibawa dalam pengurusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui pelaksanaan dasar dan pengurusan sumber yang menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  • Menerajui perkhidmatan berintegriti dan berkualiti.
  • Menepati undang-undang, dasar, prosedur dan peraturan.
  • Sistematik, telus dan adil dalam semua peringkat pengurusan.
  • Berorientasikan pencapaian objektif.
  • Mesra dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

4. PIAGAM PELANGGAN

  1. Membuka permohonan UPUOnline kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% maklum balas yang diterima melalui Sistem Maklum Balas UPU diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% tahap kepuasan pelanggan terhadap aktiviti promosi dan pameran yang dilaksanakan berkaitan UPUOnline.

5. STRUKTUR ORGANISASI (CARTA ORGANISASI TERKINI) & CARTA FUNGSI 2026 - BAHARU

 

Untitled

 Untitled2

  

6. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN

  • Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk pogram pengajian Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi program pengajian Lepasan SPM.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) bagi program pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memantau trend kemasukan dan perimbangan pelajar mengikut bidang pengajian termasuk STEM dan Sains Sosial bagi program pengajian Lepasan STPM/Setaraf selaras dengan dasar dan unjuran strategik Kementerian dari semasa ke semasa.
  • Melaksanakan dasar bagi kemasukan pelajar ke program pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
  • Menerajui pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kemasukan pelajar melalui pengurusan sistem aplikasi yang holistik, selamat, dan selaras dengan dasar Kerajaan Digital.
  • Mengurus dan menyelaras perkhidmatan kaunseling dan Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) bagi persiapan pelajar untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kewangan di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA, JPT) termasuk Akaun Amanah.
  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan data kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) dan memantapkan kawal seliaan.

7. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

  Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA)

  Aras 4, No. 2, Menara 2,

  Jalan P5/6, Presint 5,

  62200 W.P. Putrajaya.

  TEL: 03-8870 8200

  FAX: 03-8870 6864

  • Hits: 842

Follow us on official social media:

©2023 Department Of Higher Education, Ministry Of Higher Education. Copyright Reserved