Mesyuarat Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/ Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam (UA) Kali Ke-228, Bil. 1/2024 dan Mesyuarat Ketua Pentadbir HEPA UA Bil. 1/2024

mesy sekretariat tnc
 
 
4 Mac 2024 – Telah berlangsung sesi Mesyuarat Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/ Timbalan Rektor (TTNC/TR) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam (UA) Kali Ke-228, Bil. 1/2024 Dan Mesyuarat Ketua Pentadbir HEPA UA Bil. 1/2024 yang diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh TTNC/TR HEPA UA, Government Link University (GLUs) dan Ketua Pentadbir HEPA dari 20 UA seluruh negara.
Antara intipati utama mesyuarat kali ini adalah mengenai perkongsian Landasan Hala Tuju Pengajian Tinggi 2024 khusus bagi Hal Ehwal Pelajar serta perbincangan program-program dan inisiatif utama JPT bagi tahun 2024.
Turut hadir sama YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Encik Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), serta pegawai-pegawai bahagian Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Terima kasih kepada BHEP, JPT diatas kelancaran menganjurkan mesyuarat ini. 
 
 
 
              

mesy sekretariat tnc2

mesy sekretariat tnc3 

mesy sekretariat tnc4 

 
 mesy sekretariat tnc5

 mesy sekretariat tnc6

 mesy sekretariat tnc7

 
            
 

 mesy sekretariat tnc8

 mesy sekretariat tnc9

 mesy sekretariat tnc10

 
 
               
 
 
 
  • Hits: 11072

Follow us on official social media:

©2023 Department Of Higher Education, Ministry Of Higher Education. Copyright Reserved