Laman Utama

Asian International Mobility for Students (AIMS)

Program Asian International Mobility for Students (AIMS) ialah inisiatif serantau di bawah Southeast Asian Ministers of Education Organisation – Regional Centre for Higher Education and Development (SEAMEO RIHED) yang bertujuan memperkukuh mobiliti pelajar di rantau Asia. Malaysia merupakan antara negara pengasas program ini sejak tahun 2009 melalui Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi.

AIMS berperanan menyediakan peluang kepada pelajar prasiswazah untuk mengikuti pengajian jangka pendek (satu semester) di universiti rakan dalam kalangan negara anggota AIMS, sambil mengiktiraf kredit akademik yang diperoleh melalui sistem credit transfer yang diiktiraf bersama.

Untuk maklumat lanjut, Sila layari:https://sites.google.com/view/sdnbppt/aims

  • Hits: 566

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara