Sorotan Aktiviti

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menyempurnakan fasa kedua penubuhan Dapur Siswa Madani dan Kiosk Food Bank ketiga di Kompleks Perumahan UniCITI Alam, Sungai Chuchuh, Padang Besar.

Pembangunan Pelajar

UniMAP Sempurnakan Fasa Kedua Dapur Siswa Madani & Pelancaran Sistem Mindplus

πŸ“… 3 September 2026 | πŸ“ Kompleks Perumahan UniCITI Alam, Padang Besar

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menyempurnakan fasa kedua penubuhan Dapur Siswa Madani dan Kiosk Food Bank ketiga di Kompleks Perumahan UniCITI Alam, Sungai Chuchuh, Padang Besar.

🍲 Dapur Siswa & Food Bank

Disediakan bagi memenuhi keperluan dan sokongan kepada para pelajar menikmati penyediaan makanan yang sihat sekaligus menyokong usaha universiti menawarkan suasana pembelajaran yang selesa.

🧠 Sistem Mindplus (DASS-21)

Platform semakan kendiri untuk mengenal pasti tahap tekanan, kebimbangan, dan kemurungan secara sulit tanpa merekodkan maklumat peribadi.

Info Kerahsiaan DASS-21
Tetamu Kehormat Majlis Peluncuran:
  • Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman β€” Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT KPT
  • Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli β€” Naib Canselor UniMAP
  • Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah β€” Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniMAP

Baca selanjutnya: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menyempurnakan fasa kedua penubuhan Dapur Siswa Madani...

  • Hits: 365

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY OF NOTTINGHAM KE ATAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Nottingham pada 20 Julai 2026 (Isnin).

Delegasi tersebut diketuai oleh Professor Jane Norman, Vice Chancellor, University of Nottingham (UK), dan turut disertai oleh:

  • Professor David FitzPatrick – Provost and Chief Executive Officer, University of Nottingham Malaysia (UNM)
  • Chris Hunt – Chief Operating Officer, University of Nottingham
  • Patrick Joseph – Registrar, University of Nottingham Malaysia (UNM)
  • Niall O’Loughlin – Director of Research & Innovation Strategy, University of Nottingham

Turut hadir mewakili Jabatan Pendidikan Tinggi ialah Encik Husaini Amir Azizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta, dan YBrs. Dr. Ida Saliny Hassan, Pengarah Bahagian Governan IPTS.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Pendidikan Tinggi dengan University of Nottingham, di samping membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan bagi memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

"Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi Malaysia ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global."

  • Hits: 511

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM KEMBARA PENDIDIKAN TINGGI @TERENGGANU & PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

 703727632 1405758191594528 4926356500255704112 n

 702531124 1405758534927827 1156808285187030674 n

 702494775 1405758484927832 4171913377806937917 n

 19 Mei 2026 | Selasa

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah meluncurkan Program Kembara Pendidikan Tinggi @Terengganu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Ajil, Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), YBrs.Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBhg. Dato' Profesor Dr. Md Amin Bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta para pegawai pengurusan tinggi JPT, UMT, UPSI, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Politeknik dan Kolej Komuniti di Terengganu.
 
Program Kembara Pendidikan Tinggi @ Terengganu adalah satu usaha dan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan bagi membawa perkhidmatan dan kepakaran yang ada di KPT khususnya di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi menyantuni dan membantu komuniti di Terengganu.Sempena dengan majlis peluncuran program tersebut pelbagai aktiviti dan pameran telah dilaksanakan oleh UMT, UniSZA, UPSI, UMPSA dan UMK di SMK Menerong, Ajil, Terengganu. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah:
         i. Pameran STEM (STEM on Wheels)
         ii. Fun Walk;
         iii. Pameran Pengajian di IPT;
         iv. Pameran Projek Pemindahan Ilmu;
         v. Sesi Kaunseling dan Bimbingan Pendidikan:
         vi. Pemeriksaan Kesihatan (Klinik Bergerak);
         vii. Flea Market;
         viii. Jualan Agro MADANI; dan
         ix. Pemeriksaan Haiwan (Klinik Veterinar Bergerak)
 
Seramai lebih kurang tiga ribu (3000) orang telah menghadiri Majlis Peluncuran Program Kembara Pendidikan Tinggi @ Terengganu & Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI UMT di SMK Menerong, Ajil, Terengganu.Aktiviti khidmat masyarakat juga telah dilaksanakan oleh para pensyarah, kakitangan dan mahasiswa UMT di Kampung Menerong bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti Kampung Menerong di Ajil, Terengganu.YB Menteri Pendidikan Tinggi juga telah menyaksikan penyerahan projek Kampung Angkat MADANI UMT di dalam majlis tersebut. YB Menteri Pendidikan Tinggi telah turut menyerahkan sijil penyertaan kepada semua wakil komuniti Kampung Menerong yang terlibat dalam projek-projek pemindahan ilmu yang dilaksanakan oleh UMT dalam program Kampung Angkat MADANI tersebut.
 
 

 702494775 1405758484927832 4171913377806937917 n

 704546977 1405758304927850 3815810783991731319 n

 703136434 1405758461594501 4587454859146354883 n

 703844553 1405758324927848 5819208759105645858 n

  • Hits: 720

Ikuti kami di media sosial rasmi:

Β©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara