PEMBENTANGAN MALAYSIA HIGHER EDUCATION SYSTEM OLEH KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINISTRY OF HIGHER EDUCATION (MOHE) - BRITISH MALAYSIAN CHAMBER OF COMMERCE (BMCC) RECRUITMENT DRIVE

YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman menyampaikan pembentangan bertajuk "Malaysia Higher Education System" sempena Majlis Perasmian Program Ministry of Higher Education (MOHE) - British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Recruitment Drive pada 26 Oktober 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Antara intipati ucapannya meliputi peluang penerokaan kerjasama termasuk dalam bidang pembangunan modal insan, perkongsian dan pemindahan ilmu, penyelidikan dan inovasi, pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta ekosistem pembolehdaya. Dengan inisiatif sedia ada dan bakal dilaksanakan, adalah diharapkan dapat terus menyemarak jalinan strategik dengan United Kingdom. 
 
Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi mewakili Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir Mr. Tom Shepherd, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British Malaysia, YBhg. Datin Noorazah, Timbalan Setiausaha Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi, En. Mohd. Zainudin bin Mohd Noor, Pengarah Seksyen Program Strategik dan Komunikasi Korporat, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), YBhg. Datuk Profesor Dr. Shahrin bin Sahib, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, , Mdm. Jennifer Lopez, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Malaysia British, Pn. Nik Tasha Nik Kamaruddin, Timbalan Pengerusi BMCC dan Ketua Pegawai Strategi Jenama Sunway Berhad, YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman serta Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan pegawai-pegawai kanan universiti awam dan swasta yang hadir sama.

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara