YAB TPM PENGERUSIKAN MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA MTUN

4 Disember 2024 | Melaka

Usai majlis perasmian penutup JELITA@KPT SUMMIT 2024, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah ke Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan beliau bersama Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Turut mengiringi Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Dato' Dr. Husaini Omar; dan Naib Canselor UTeM merangkap Pengerusi MTUN, Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara