SESI PERBINCANGAN BERSAMA DELEGASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

SESI PERBINCANGAN BERSAMA DELEGASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
Pada 21 Oktober 2025, jam 2.30 petang, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, telah menerima kunjungan hormat dan mempengerusikan sesi perbincangan bersama delegasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato' Mohammad Razeif bin Che Ahmad, Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS),, bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi, Aras 9, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Perbincangan ini telah berfokus kepada cadangan strategik penubuhan Rejimen Askar Wataniah di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), satu inisiatif yang dijangka dapat memperkasakan semangat patriotisme, disiplin, dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa, sekali gus menyokong Dasar Pertahanan Negara (DPN) terutamanya konsep pertahanan menyeluruh (HANRUH) melalui penglibatan aktif mahasiswa dalam Pasukan Simpanan ATM.
Pihak JPT menyokong penuh usaha kolaboratif ini yang dilihat sebagai nilai tambah signifikan kepada pembangunan holistik pelajar IPT.
- Hits: 702