Laman Utama

YB MENTERI SERU KESARJANAAN SEJATI, RAI PENYELIDIK CEMERLANG SCOPUS NEGARA

 

577511005 1337122711787342 1040942573887395650 n

8 November 2025 | Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengulangi komitmennya untuk memupuk budaya kesarjanaan sejati bagi mengangkat penyelidikan negara ke persada global.
Hasrat ini dizahirkan oleh Menterinya, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, ketika berucap di Majlis Anugerah Malaysia SCOPUS Research Star Award (MRSA) 2025, yang berlangsung baru-baru ini bagi mengiktiraf pencapaian para penyelidik cemerlang negara.
 
Penganugerahan tersebut merupakan satu daripada acara kemuncak bersempena Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025, yang menghimpunkan ilmuwan, industri dan masyarakat.
YB Menteri dalam ucapannya menekankan bahawa penyelidikan berkualiti harus melangkaui dinding akademik untuk menyentuh masyarakat, memaklumkan dasar dan memupuk inovasi.
Beliau turut meraikan pencapaian signifikan hasil kerjasama strategik, di mana jumlah jurnal Malaysia yang diindeks dalam Scopus telah meningkat daripada hanya dua (2) jurnal pada 2022 kepada 20 jurnal pada tahun ini.
 
Menggariskan hala tuju Kementerian, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry menyeru agar ekosistem penyelidikan masa depan dibina secara inklusif dan beretika, yang menghargai pandangan (insights), kebijaksanaan dan impak kepada masyarakat. Majlis tersebut meraikan pemenang dalam pelbagai kategori termasuk Anugerah Perintis Cemerlang, Penyelidik Muda, Kelestarian, Penyelidik Wanita, Penyelidikan Inovasi serta Anugerah Jurnal Scopus dan MyCite. MRSA 2025 dianjurkan oleh KPT dengan kerjasama strategik Elsevier dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
 
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Naib Presiden Serantau Elsevier, Jessica Low.
 
 
 576865862 1337122748454005 8735949408149879862 n

 577333723 1337122808453999 8843531637134900850 n

 578919172 1337122668454013 6511058898605603375 n

 577743414 1337122631787350 536419233268674500 n

  • Hits: 218

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara