SESI PEMBENTANGAN DRAF GARIS PANDUAN PENGURUSAN BULI DI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI (IPT) OLEH MAJLIS TATATERTIB DAN DISIPLIN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MATDUM)

Pada 15 Disember 2025, jam 3.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Khawrizmi, Aras 9 Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), telah berlangsungnya satu sesi pembentangan oleh Majlis Tatatertib dan Disiplin Univerisiti Awam (MATDUM) kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg Datuk. Profesor Dr. Azlinda binti Azman yang memfokuskan kepada Draf Garis Panduan Pengurusan salah laku Buli di IPT.
Pembangunan Draf garis panduan ini merupakan instrumen rujukan sebagai manifestasi ketegasan KPT dalam membanteras dan menolak sebarang bentuk perlakuan buli. KPT memandang serius isu buli yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, etika akademik serta kesejahteraan warga kampus, dan menegaskan bahawa budaya buli tidak mempunyai tempat sama sekali dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.
- Hits: 304