Mesyuarat Pengoperasian dan HalaTuju Universiti MISI

Mesyuarat Pengoperasian dan HalaTuju Universiti MISI telah diadakan pada 18 Disember 2025 (Khamis), jam 8.45 pagi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Perbincangan ini turut dihadiri oleh Encik Husaini Amir Azizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta JPT dan delegasi UiTM diketuai oleh Prof. Dr. Yamin Yassin, TNCAA dan disertai oleh Cik Junita Jamaluddin, Bendahari UiTM, Prof. TPr. Dr.Jamalunlaili Abdullah, CEO dan Rektor Universiti MISI, Dr. Mior Harris Mior Harun, CEO INTEC Education, Prof Dr. Norzaidi Mohd Daud, Sr. Mohd Hanafi, Pengarah, Jabatan Pembangunan serta Dr. Bahrin Osman dari Pejabat Undang - Undang UiTM.
- Hits: 536