Laman Utama

PERTEMUAN KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN TINGGI DAN MPP UTHM

PERTEMUAN KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN TINGGI DAN MPP UTHM

607969734 1289803316523350 5730636668276330357 n

 

              YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (KPPT), berkesempatan bertemu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM yang baharu. Sesi ringkas tersebut telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah bersempena dengan majlis perasmian bangunan Pusat Penyelidikan UTHM. Turut hadir bersama ialah Naib Canselor UTHM Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali, Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, TNC (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Shahruddin bin Hj Mahzan TNC (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, TNC (Penyelidikan dan Inovasi) dan pegawai-pegawai UTHM.

               KPPT diperkenalkan kepada kesemua barisan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM sesi 2025/2026 yang telah menerima watikah pelantikan pada 13 November lalu. Saudara Muhammad Qamarul Afiq Azman selaku Yang Dipertua MPP Sesi 2025/2026 menyatakan bahawa MPP akan memfokuskan kepada 4 perkara utama seperti Pemerkasaan Mahasiswa dengan penglibatan menyeluruh mahasiswa dalam program dan aktiviti, kemampanan organisasi dalam pengurusan permohonan aktiviti pelajar yang komprehensif, kebajikan mahasiswa dan pengurusan kewangan yang cekap.
 
              KPPT menitipkan semangat dan berharap MPP yang dilantik dapat memenuhi fungsi dan peranan mereka dengan baik dan menjadi penghubung di antara pelajar dan pengurusan Universiti. Mereka perlu memainkan peranan dalam memberikan maklumat tepat tentang isu yang berlaku di Universiti kepada pelajar. Di akhir sesi ini juga KPPT turut menyaksikan penyerahan rasmi Nota Serah Tugas dan akaun rasmi Majlis Perwakilan Pelajar yang diserahkan oleh Saudari Najiha Natasha Mohamad Naszari, Timbalan Yang Dipertua MPP Sesi 2024/2025 kepada Saudara Muhammad Qamarul Afiq.
 
 
 605662530 1289803276523354 3521986616814689320 n

 605237604 1289803299856685 2661973571926466797 n

 605169184 1289803296523352 7996719957447887076 n

 605169184 1289803296523352 7996719957447887076 n

 
 
 
 
 
 
 
  • Hits: 417

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara