SESI PERBINCANGAN DAN KERJASAMA MENGENAI PERANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DAN UNIVERSITI TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN EKOSISTEM DRON PERTAHANAN NEGARA
SESI PERBINCANGAN DAN KERJASAMA MENGENAI PERANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DAN UNIVERSITI TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN EKOSISTEM DRON PERTAHANAN NEGARA

Pada 30 Disember 2025 (Selasa), bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Khawrizmi, Aras 9 Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah berlangsungnya satu sesi pembentangan berhubung Strategik Pembangunan Dron Pertahanan Negara (SPDPN) oleh Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) kepada YBhg Datuk. Profesor Dr. Azlinda binti Azman Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan wakil-wakil daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
SPDPN ini merangkumi penyediaan ekosistem menyeluruh bagi menyokong pembangunan, pengujian, pengkomersialan, serta pengukuhan bakat tempatan dalam bidang teknologi dron. Sehubungan itu, KPT dan institusi pengajian tinggi tempatan merupakan rakan strategik yang amat penting dalam menjayakan agenda ini.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah penglibatan universiti dalam penyelidikan dan pembangunan, pengujian, dan pembangunan keupayaan teknikal; pembangunan modal insan dan pemerkasaan bakat tempatan dalam teknologi dron; dan penyelarasan dasar dan sokongan akademia dalam ekosistem dron pertahanan negara.
- Hits: 385