Laman Utama

“SAM 2026 Melabuhkan Tirai, Membina Atlet Asasi Berkarakter.”

 

 626435335 18109646305734851 1473409777579282548 n

 625298064 18109646332734851 7295130969597565255 n

            1 FEBRUARI 2026 | KUALA LUMPUR: Sorakan yang memenuhi gelanggang sepanjang tiga hari akhirnya reda apabila Sukan Asasi Malaysia Ke-9 2026 (SAM 2026) melabuhkan tirai secara rasmi hari ini.

       Dianjurkan oleh UPNM selaku tuan rumah, SAM 2026 menghimpunkan kira-kira 1,400 atlet asasi dari seluruh negara dalam satu pentas persaingan yang menekankan disiplin, semangat kesukanan dan pembinaan karakter. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan turut dihadiri Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad serta wakil universiti dan kontinjen yang bertanding.
 
        Bertemakan “Semarak Asasi, Gempur Prestasi”, SAM 2026 mempertandingkan 11 acara sukan merangkumi sukan fizikal, minda, teknikal dan e-sukan, sekali gus mencerminkan pendekatan pembangunan mahasiswa yang holistik. Pusat Asasi UiTM dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SAM 2026. Sebagai simbolik penutup, bendera kejohanan diserahkan kepada Universiti Malaya (UM) selaku tuan rumah SAM 2027. SAM 2026 berakhir, namun semangat asasi yang dibina akan terus melangkah ke hadapan.
 625153069 18109646182734851 5666311059811529877 n

 625448121 18109646200734851 521823422823412311 n 1

 626531878 1189040156719039 3423556310637716750 n

 626565142 1189039740052414 7107454124171949655 n

  • Hits: 262

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara