MAJLIS MAKAN MALUMNI & PELANCARAN 473 PROGRAM JALINAN ALUMNI PRIHATIN (CAKNA) DI UNIVERSITI AWAM

Pada 31 Januari 2026, Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) telah menganjurkan Majlis Makan Malam & Pelancaran 473 Program Jalinan Alumni Prihatin (CAKNA) (Cakna, Aspirasi, Kebajikan, Nilai & Alumni) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Pengerusi MALUMNI (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UTeM) dan Prof. Ts. Dr. Rusllim bin Mohamed, Timbalan Pengerusi MALUMNI (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UMPSA).
Jabatan Pendidikan Tinggi menyambut baik inisiatif Program Jaringan Alumni Prihatin (CAKNA) yang digerakkan melalui ekosistem alumni universiti awam di bawah MALUMNI. Bagi tahun 2026, pelaksanaan CAKNA merangkumi 473 program alumni yang dilaksanakan di seluruh universiti awam, sekali gus mencerminkan komitmen bersama alumni dalam memperkukuh sumbangan kepada universiti, negara dan masyarakat secara lebih tersusun serta berimpak.
Inisiatif ini turut melengkapkan agenda “Alumni Back to Campus”, yang merupakan salah satu daripada 7 Tujahan utama dalam RPTM 2026–2035 seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.Semoga CAKNA terus menjadi pemangkin kepada jaringan alumni yang berdaya, berimpak dan berteraskan nilai demi pembangunan bakat & pendidikan tinggi negara.



- Hits: 257