Laman Utama

KUNJUNGAN HORMAT PEYATIM KE JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (JPT)

 

 626398280 1321374913369479 401043137900910741 n

 626447724 1321374960036141 6820420500707537284 n

 3 Februari 2026 (Selasa)

                     Alhamdulillah, PEYATIM telah mengadakan Kunjungan Hormat bersama pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara PEYATIM dan JPT, di samping membincangkan usaha berterusan bagi membangunkan institusi pendidikan di bawah PEYATIM.
 
                    Hadir mewakili Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Binti Azman (Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi), YBrs. Dr. Ida Saliny Binti Hassan (Pengarah Bahagian Governan IPTS), Encik Mohamad Irza Bin Dahari (Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Integriti) dan Pegawai Kanan JPT. Manakala Hadir mewakili PEYATIM pula adalah YM. Prof. Dato” Dr. Tengku Mahmud Mansor (Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi LPU UCB), YBhg. Datuk Dr. Hj. Mazlan Bin Ahmad (Timbalan Pengerusi Eksekutif I), YAWATIM, YBhg. Dato’ Bedolah Bin Botok (Setiausaha Agung PEYATIM / Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UCB), YBrs. Profesor Dr. Mustapha Bin Ismail (Naib Canselor, Kolej Universiti Bestari)
 
                    Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan dalam memperkasakan pembangunan pendidikan serta kebajikan anak-anak yatim dan asnaf di bawah naungan PEYATIM.
  • Hits: 184

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara