Program Pembangunan Komuniti MADANI Pulau Pangkor Melalui Pelaksanaan Projek Baja Kompos Bersama Komuniti.



Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh peranannya dalam pemerkasaan komuniti setempat menerusi penglibatan aktif dalam Program Pembangunan Komuniti MADANI Pulau Pangkor melalui pelaksanaan projek baja kompos bersama komuniti.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) itu bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran komuniti terhadap kepentingan pengurusan sisa organik secara berkesan dan lestari, selari dengan aspirasi pembangunan Komuniti MADANI serta agenda kelestarian alam sekitar negara.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti UPM (UCTC UPM), Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni, projek tersebut merupakan pendekatan praktikal yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.
“UPM bukan sekadar memindahkan ilmu, tetapi turut membimbing komuniti sehingga mereka benar-benar mampu mengaplikasikan amalan pengurusan sisa secara lestari dan menjana nilai ekonomi daripadanya, “UPM telah menyumbangkan 10 unit drum kompos berputar berkapasiti 160 liter setiap satu yang mampu menghasilkan antara 15 hingga 30 kilogram baja kompos dalam tempoh dua hingga tiga bulan,’’ katanya.


- Hits: 177