LAWATAN KERJA PEMANTAUAN PROSES RASIONALISASI PEJABAT EDUCATION MALAYSIA LONDON (EML)

Dewan Malaysia London & Dewan Malaysia Dublin, Ireland (5–10 Disember 2025)
YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, bersama Encik Muhd Shahrilfaizail bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi telah mengadakan sesi lawatan kerja bagi memantau pelaksanaan proses rasionalisasi di kedua-dua pejabat EML. Semua perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan bersama pihak terlibat akan dibawa ke Jabatan Pendidikan Tinggi bagi penyelesaian yang menyeluruh dan tuntas.
Delegasi turut mengadakan meet & greet session bersama para pelajar Malaysia di Dublin, bagi mendengar pandangan, keperluan dan kebajikan mereka secara langsung. KPT komited memastikan perkhidmatan serta sokongan kepada warga pelajar Malaysia di luar negara sentiasa berada pada tahap terbaik.


- Hits: 176