• Laman Utama
  • Sorotan Aktiviti
  • Sesi Kunjungan Hormat daripada Delegasi Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Jepun ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Laman Utama

Sesi Kunjungan Hormat daripada Delegasi Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Jepun ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

627130728 1328470202652337 9074504985768283158 n

 

3 Februari 2026 : Sesi Kunjungan Hormat daripada Delegasi Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Jepun ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

           Satu Sesi Kunjungan Hormat oleh Delegasi Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Jepun ke atas YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi telah berlangsung pada 3 Februari 2026. Delegasi tersebut diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Hamana Atsushi, Presiden Kansai International University merangkap Pengerusi, HAMANA YAMATE Educational Institution. Turut serta dalam delegasi ialah Prof. Dr. Saito Takahiro, Profesor dari Universiti Osaka, Mr. Wagatsuma Tetsuya, Pensyarah dari Universiti Chiba dan Mr. Kitaoka Tatsuya, Kaunselor dan Pengarah Perkhidmatan Maklumat Jepun, Kedutaan Jepun di Malaysia.
 
            YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman telah diiringi oleh wakil-wakil Bahagian berkaitan di Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Tinggi, serta wakil Pengerusi Jawatankuasa Pengarah Pusat Antarabangsa Universiti Awam, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Nur Azaliah Abu Bakar. Sesi perbincangan ini memfokuskan landskap pendidikan tinggi di Malaysia termasuk hala tuju pendidikan tinggi negara selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang telah dilancarkan pada 20 Januari 2026 lalu sebagai perkongsian kepada pihak delegasi yang berminat untuk penjelasan lanjut mengenainya.
 
            YBhg. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bersama pegawai-pegawai juga telah menghuraikan beberapa fokus utama pendidikan tinggi negara, antaranya pelaksanaan pendidikan fleksibel (flexible education), pembangunan bakat berkualiti dan siap siaga, pendidikan tinggi berasaskan teknologi, serta pengukuhan High-TVET (Higher Technical and Vocational Education and Training) sebagai pemacu kebolehpasaran graduan. Turut dibincangkan ialah kemudahan geran penyelidikan yang disediakan kepada penyelidik tempatan, kemudahan visa yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar antarabangsa dari Jepun yang melanjutkan pengajian di Malaysia serta keperluan dan syarat penubuhan kampus cawangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia termasuk industry-integrated learning bagi merapatkan jurang antara akademik dan keperluan praktikal pasaran kerjaya.
 
            Secara keseluruhannya, sesi kunjungan hormat ini berperanan sebagai platform yang konstruktif antara Jabatan Pendidikan Tinggi dan institusi pendidikan tinggi Jepun untuk bertukar pandangan serta memperkukuh pemahaman bersama mengenai landskap dan potensi kerjasama pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.
 

 625353217 1328470205985670 320264577650854955 n

 627021839 1328470139319010 8018967684323621153 n

  • Hits: 156

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara