Laman Utama

Sesi Libat Urus (SLU) Sistem Kemasukan Pelajar Antarabangsa Secara Berpusat

 

650202964 1357442369755120 2638677934211215148 n

        10 Mac 2026 - Sesi Libat Urus (SLU) Sistem Kemasukan Pelajar Antarabangsa Secara Berpusat – Malaysia’s University Centralised Admission System (MyCAS) melalui Education Malaysia Global Services (EMGS) telah diadakan pada 10 Mac 2026 bertempat di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Sesi ini dianjurkan oleh Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) .

        Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi , bersama YBrs. Encik Novie bin Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif EMGS . Turut hadir ialah wakil Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), pengarah-pengarah bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor universiti awam serta universiti berkaitan kerajaan, wakil persatuan institusi pendidikan tinggi swasta serta wakil institusi pendidikan tinggi negeri.
 
       Sesi ini merupakan Sesi Libat Urus (SLU) pertama yang diadakan susulan agenda transformasi pendidikan tinggi dalam Amanat Tahun 2025 oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi pada 9 Januari 2025 yang menggariskan Pemusatan Kemasukan Pelajar Antarabangsa. Pembangunan sistem MyCAS merupakan satu inisiatif kemasukan pelajar antarabangsa secara berpusat yang bertujuan menyelaras dan memudah cara proses permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi di Malaysia melalui satu platform bersepadu. Pelaksanaan sistem ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan proses permohonan, memperkukuh tadbir urus kemasukan pelajar antarabangsa serta mempertingkatkan pengalaman pengguna bagi institusi pendidikan tinggi dan pelajar antarabangsa.
 
          Penganjuran sesi ini menjadi platform penting bagi mendapatkan p andangan, maklum balas serta cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan , sekali gus memastikan pembangunan sistem MyCAS dapat memenuhi keperluan institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan serta pelajar antarabangsa secara menyeluruh. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa yang berdaya saing di peringkat global.
                                                                                                                                                                                               
 

 649257679 1357442336421790 6321555535699118874 n

 649748968 1357442096421814 5456943818762592147 n

 648890059 1357441916421832 1050911149944326767 n

 

 649820397 1357442009755156 3185087917058535322 n

 649118295 1357441919755165 8101035572414199826 n

 649820397 1357442009755156 3185087917058535322 n

 649016898 1357442199755137 4188087362038219989 n

  • Hits: 600

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara