Laman Utama

Lawatan JPT ke Sunway University: Tinjau Sunway Business School & Perkukuh Kerjasama Pendidikan Tinggi

 

652984496 1352022036968144 8335622125108624613 n

 

13 Mac 2026

Delegasi Jabatan Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Sunway University bagi meninjau kemudahan baharu Sunway Business School yang baru siap dibangunkan. Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam pembangunan program akademik berimpak tinggi, penyelidikan serta usaha memperkukuh agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara.
 
Menariknya, lawatan ini diakhiri dengan majlis iftar yang dihoskan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sunway dengan hidangan istimewa hasil kreativiti pelajar dan tenaga pengajar dari School of Hospitality & Tourism Management, Sunway University. Suasana penuh mesra ini sekali gus mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kerajaan dan institusi pendidikan tinggi sempena bulan Ramadan.
 
 

 652331984 1352021956968152 7052013901907779547 n

 653472620_1352021996968148_4897669800285992249_n.jpg

 654226592 1352022060301475 1234392187640810354 n

 651761442 1352021966968151 243628912716422910 n

  • Hits: 376

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara