Laman Utama

KUNJUNGAN HORMAT OLEH UNIVERSITY OF OXFORD KE JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

 657513059 1365011815669166 6610092520026962373 n

 31 Mac 2026

Kunjungan hormat oleh University of Oxford ke atas YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa, khususnya dalam bidang pengajian Malaysia dan Asia Tenggara.

 
Delegasi University of Oxford yang hadir terdiri daripada pakar-pakar akademik dalam bidang tersebut, antaranya Prof. Dr. Eugene Rogan, Prof. Dr. Michael Willis, Prof. Dr. Pascal Menoret and Prof. Dr. Raihan Ismail, yang bernaung di bawah Faculty of Asian and Middle Eastern Studies. Seusai mesyuarat tersebut, JPT melalui para pegawai BPPT telah membawa delegasi melawat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) serta sekitar Putrajaya sebagai sebahagian daripada pendedahan kepada seni bina Islam moden dan perkembangan institusi Islam di Malaysia, selari dengan kepakaran dan minat penyelidikan mereka.
 
Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia di persada global.
 

 658068860 1365013362335678 5110981783711461445 n

 658214166 1375029167996440 5224636591917410932 n

 659818787 1365012189002462 8341037046166245079 n

 661437533 1365010759002605 9201509876217318893 n

 657674989 1375030097996347 1859606909882650604 n

 657956019 1375029531329737 5598560326263008335 n

 658434650 1375029277996429 8334209700909024890 n

 658859746 1375029534663070 1326103765697249610 n

 658298124 1365012255669122 5558853204423707759 n

  • Hits: 428

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara