• Laman Utama
  • Sorotan Aktiviti
  • ๐”๐Š๐Œ ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ โ€œ๐“๐ก๐ž ๐๐จ๐ฐ๐ž๐ซ ๐จ๐Ÿ ๐†๐ข๐ฏ๐ข๐ง๐ : ๐Œ๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ขโ€ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š

Laman Utama

๐”๐Š๐Œ ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ โ€œ๐“๐ก๐ž ๐๐จ๐ฐ๐ž๐ซ ๐จ๐Ÿ ๐†๐ข๐ฏ๐ข๐ง๐ : ๐Œ๐ž๐ฆ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ขโ€ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š

 

660457299 2013560529541522 3555219730401106769 n

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah menganjurkan Forum โ€œThe Power of Giving: Memimpin, Memberi dan Inspirasiโ€ di Dewan Perdana FSSK, hari ini.

Forum yang dianjurkan dengan kerjasama bersama Mental Health Inclusion Awareness, Support & Advocacy Association (MIASA) dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) diadakan bersempena sambutan Hari Wanita yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Perasmian forum disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, yang mewakili Naib Canselor UKM.
 
Ahli Lembaga Pengurusan UKM merangkap Felo Utama PKWTFH, Tan Sri Dr. Shahrifah Zarah Syed Ahmad dan Naib Canselor, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh turut hadir ke forum ini. Forum โ€œThe Power of Giving: Memimpin, Memberi dan Inspirasiโ€ mengetengahkan peranan wanita dalam memperkukuh kesejahteraan mental, kebajikan masyarakat serta pembangunan insan melalui perkongsian pengalaman daripada panel-panel terkemuka seperti Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman, Aktivis Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr. Akmal Saleh serta Presiden MIASA, Puan Anita Abu Bakar.
 
Semoga forum ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kesihatan mental, kebajikan sosial dan peranan wanita dalam memimpin, memberi serta menginspirasi masyarakat ke arah pembangunan insan yang lebih sejahtera.Turut hadir Dekan FSSK, Prof. Dr. Kadaruddin Ayub dan Ketua PKWTFH, Dr. Noremy Md Akhir.
 
 667814509 2013560296208212 3264245668828330122 n

 660532715 2013560759541499 3415736250408971924 n

 666040128 2013560979541477 7175742931214376243 n

 
 662140854 2013560376208204 3273454954450179707 n

 667248798 2013560196208222 8594081961196319912 n

 662140854 2013560376208204 3273454954450179707 n

  • Hits: 389

Ikuti kami di media sosial rasmi:

ยฉ2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara