Laman Utama

Dapur Siswa MADANI @ UniMAP di Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra

 670389898 1454854083353216 6248012525259467621 n

       11 April 2026  - Komitmen terhadap kebajikan mahasiswa terus diperkukuh apabila UniMAP melancarkan Dapur Siswa MADANI @ UniMAP di Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra hari ini. Inisiatif ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, yang turut menyampaikan replika cek dana Fasa 1 berjumlah RM178,008.99 bagi pelaksanaan di lima kolej kediaman.
 
        Naib Canselor Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata inisiatif ini membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar di samping memupuk semangat kebersamaan dan budaya berdikari dalam kalangan warga kampus. Dapur Siswa MADANI turut memberi peluang kepada pelajar menyediakan makanan secara lebih ekonomi dan selamat, selari dengan usaha meningkatkan kesejahteraan mahasiswa. Pelajar juga mengakui manfaatnya apabila dapat berjimat melalui penyediaan makanan bersama serta sokongan FoodBank.
 
       Turut hadir Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Encik Hirman Awang; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Dr. Mohd Shukry Abdul Majid; serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah.
 
  
 669552787 1454854126686545 1413818778503161704 n

 671378817 1454854146686543 8009737211323896935 n

 670486719 1454854090019882 7770921737026852099 n

 670518473 1454854166686541 6907681210414400423 n

 671234628 1454854156686542 2881663991381247432 n

 

  • Hits: 436

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara