Laman Utama

Mesyuarat Pengukuhan Madani Universiti Awam Bil. 1/2026 di UMS

 674395383 1381030827400598 2331955197415794368 n

 677753753 1381030804067267 992194899279856743 n

18 April 2026 - YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, menghadiri Mesyuarat Pengukuhan Madani Universiti Awam Bil. 1/2026 di UMS. Sesi ini adalah kesinambungan Taskforce Pengukuhan Madani yang bertujuan memperkukuh nilai-nilai MADANI dalam kalangan warga kampus, terutamanya mahasiswa.

Mesyuarat ini turut menyaksikan penyampaian watikah pelantikan kepada YBhg. Kolonel (Kehormat) Prof. Dato' Dr. Mohamad Fauzan Noordin sebagai Pengerusi Majlis Pengukuhan Madani Universiti Awam (UNIMADANI), berkuat kuasa April 2026. Turut hadir, En. Hirman Awang, Pengarah BHEP JPT serta TNC HEP UA. Pelbagai inisiatif dan program utama seperti Syarahan Idea MADANI, Road Tour Kampus, Podcast MADANI, Anjung MADANI, dan Telaah MADANI bersama YAB Perdana Menteri akan digerakkan sepanjang tahun 2026.
 
  • Hits: 381

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara