KEBAJIKAN MAHASISWA TERUS MENJADI KEUTAMAAN

Bengkel Pelaksanaan Inisiatif Menu Kasih Siswa Peringkat Universiti Awam yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 April 2026 bertempat di Citadines Waterfront Kota Kinabalu, Sabah.
Bengkel ini bertujuan meneliti mekanisme pelaksnaaan inisiatif Baharu pihak Kementerian, iaitu Menu Kasih Siswa dalam usaha menyeragamkan kualiti serta harga makanan di kafe kolej kediaman melalui pemantauan pihak universiti demi meringankan kos sara hidup para pelajar. YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), telah menyampaikan amanat khas kepada ahli bengkel dan menekankan kepentingan usaha yang sistematik dalam merealisasikan program kebajikan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan inisiatif yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Hadir sama menjayakan bengkel ini adalah YBrs. Encik Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Prof. Dr. Arifin Abdu selaku Pengerusi Taskforce Kebajikan UA Malaysia merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, serta barisan pegawai dari Universiti Awam.Semoga sinergi ini dapat memastikan kelestarian kebajikan mahasiswa golongan B40 terus terjamin.
- Hits: 334