Laman Utama

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali Ke-10

 

 670937027 1376383767865304 1758030961226758794 n

 670470354 1376383881198626 438661396588848987 n

 672674688 1376384014531946 3182781694285774263 n

 
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-10 Tahun 2025 yang berlangsung dari 6 hingga 18 April 2026, melibatkan tiga (3) zon utama iaitu Semenanjung, Sabah & Labuan serta Sarawak. Pada 14 April 2026, Sidang 17 telah berlangsung sebagai sidang terakhir bagi Zon Semenanjung di Dewan Tuanku Canselor, USIM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
 
Seramai 408 graduan daripada program Diploma Bakeri & Pastri, Bioteknologi, Teknologi Komputeran dan Pemprosesan Makanan telah diraikan.
Turut diumumkan, enam (6) penerima Anugerah Pelajar Terbaik yang membawa pulang sijil, plak dan wang tunai RM1,000. Secara keseluruhan, seramai 10,808 graduan Kolej Vokasional menerima diploma pada tahun ini—melambangkan kejayaan satu dekad TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang menyumbang kepada pembangunan negara.
 

 670271394 1376383814531966 5067935860797801728 n

 672674535 1376383821198632 4168327777097957426 n

 672678729 1376384011198613 7356942245129044796 n

 
 

 671142829 1376383954531952 6303651618977193424 n

 672168209 1376383764531971 131093024220250907 n

 670271394 1376383814531966 5067935860797801728 n

 
  • Hits: 415

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara