Laman Utama

LAWATAN KERJA KE UniMAP: YB MENTERI RASMI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI DAN FAKULTI KOMPUTERAN CERDAS

 679324804 1490148309818114 413978636521006541 n

 678040888 1490148633151415 7700498985263809102 n

 
25 April 2026 | Pauh, Perlis
 
Penyediaan ekosistem kampus yang mengimbangi kecemerlangan akademik dengan kebajikan warga merupakan teras utama dalam melahirkan modal insan yang kompetitif bagi mendepani cabaran pendidikan tinggi masa hadapan.​Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, menegaskan mandat tersebut semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pelancaran Fakulti Komputeran Cerdas (FKC) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena siri lawatan kerja beliau hari ini.
 
​Pusat Kesihatan Universiti yang dibina dengan kos pembangunan mencecah RM12.3 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu kini beroperasi sepenuhnya bagi menyediakan akses perubatan bersepadu kepada seluruh warga kampus.​Fasiliti moden yang berkeluasan 3.4 hektar tersebut dilengkapi dengan ciri mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif merangkumi perubatan, pergigian, farmasi, hingga rawatan fisioterapi.​KPT turut memperkasakan kualiti hidup pelajar melalui inisiatif Medic On Wheels @UniMAP (MOW) yang menyediakan perkhidmatan klinik bergerak di kolej-kolej kediaman bagi memudahkan akses rawatan di luar waktu bekerja.
 
​Dalam pada itu, pelancaran Fakulti Komputeran Cerdas dilihat sebagai langkah strategik dalam memacu kebitaraaan UniMAP bagi menerajui bidang teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) di peringkat global.Fakulti tersebut kini menawarkan lapan program akademik merangkumi bidang Kejuruteraan Komputer dan Sains Data bagi memastikan graduan kekal relevan dengan keperluan industri teknologi masa hadapan.​YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry turut menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM7,046,861 daripada tujuh rakan industri strategik sebagai sokongan kepada pembangunan hab inovasi dan penyelidikan komputeran cerdas di universiti berkenaan.
 
​Agenda kebolehpasaran graduan terus diperkukuh melalui tinjauan beliau ke kiosk BrewLab@UniMAP di bawah prakarsa MySiswa Job On CampusKPT yang menyediakan peluang pekerjaan sambilan serta latihan kemahiran keusahawanan secara berstruktur kepada pelajar.​Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UniMAP; dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato' Dr. Zaliman Sauli.
 
 

 678438128 1490148479818097 4056533083601762847 n

 679438470 1490148366484775 5693085861822481891 n

 679707144 1490148593151419 2856596138397716304 n

 679514731 1490148483151430 5865408173487955438 n

 679960384 1490148599818085 2045801319099891724 n

  • Hits: 338

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara