Laman Utama

LAWATAN KERJA UniMAP: YB MENTERI TINJAU PENGOPERASIAN DAPUR SISWA MADANI DAN MENU KASIH SISWA

 681275387 1490155146484097 4126582197547599875 n

 677863773 1490155196484092 2448521774431912704 n

25 April 2026 | Pauh, Perlis

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) secara konsisten melakukan pemantauan di lapangan bagi memastikan setiap inisiatif kebajikan yang diumumkan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat mahasiswa.Sementara di UniMAP, ​Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, berkesempatan meninjau pengoperasian Dapur Siswa MADANI dan keberkesanan Menu Kasih Siswa (MKS) di situ.​
 
Bertempat di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, sesi tinjauan dimulakan dengan sesi taklimat mendalam mengenai struktur pelaksanaan MKS di peringkat kampus.​Pemerhatian terus di kawasan dapur membolehkan YB Menteri menilai sendiri kesiapsiagaan universiti dalam menyediakan menu harian yang berkualiti mengikut garis panduan KPT.​Beliau turut menyaksikan pengurusan Food Bank universiti yang kini menjadi platform utama dalam menyalurkan bantuan segera kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
 
​Inisiatif Dapur Siswa MADANI yang menggabungkan aspek kebersihan, kualiti, dan harga mampu milik dilihat sebagai model terbaik pengurusan kafeteria kampus masa kini.Melalui tinjauan tadi, KPT dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan inisiatif Menu Kasih Siswa terus relevan dengan keperluan semasa mahasiswa.YB Menteri menyifatkan kerjasama erat antara universiti dan industri dalam menjayakan program-program kebajikan tersebut sebagai kunci utama kejayaan agenda Pendidikan Tinggi Madani.​Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UniMAP; dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato' Dr. Zaliman Sauli.
 
 678234904 1490155273150751 7881568000031721594 n

 678311940 1490155259817419 5763065315976293051 n

 679093282 1490155183150760 6351956447445422000 n

 681253178 1490155313150747 8655376121851613265 n

 
 
 
 
  • Hits: 321

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara