Kajian Pengesanan Graduan
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan
Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada institusi anda dan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.
Tahniah dan Syabas!!
Dewasa ini, para graduan perlu terus berusaha untuk memajukan diri selepas melangkah ke dunia luar kerana situasinya lebih sengit dan mencabar. Peningkatan produktiviti daya saing dan daya tahan negara memerlukan tenaga kerja yang kreatif, berdisiplin, berinovasi, berintegriti, mahir dan berpengetahuan. Ilmu pengetahuan serta kemahiran yang telah ditimba pula boleh dijadikan asas dalam kehidupan seharian serta merebut peluang yang ada sebaik mungkin untuk memajukan diri masing-masing secara berterusan. Oleh yang demikian,diharapkan para graduan akan berusaha untuk mempelbagaikan lagi kemahiran yang ada seperti mempertingkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran ICT dan sebagainya supaya dapat membantu dalam dunia pekerjaan kelak.
Justeru, pihak Kementerian dan institusi memerlukan sokongan, pandangan dan maklum balas yang berharga daripada para graduan sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memajukan lagi sistem pendidikan tinggi negara. Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk mengetahui keadaan yang lebih tepat mengenai senario alam pekerjaan graduan di samping mengenalpasti ruang-ruang untuk melakukan penambahbaikan yang lebih strategik. Kerjasama para graduan diharapkan akan berterusan dari masa ke semasa di dalam memberi pandangan bagi merealisasikan dan menjayakan aspirasi serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Semoga kejayaan yang dikecapi dan ilmu kemahiran yang dipelajari oleh para graduan dapat menghasilkan penemuan baru untuk membantu negara meningkatkan kualiti hidup di masa akan datang.
Terima kasih.
Urus Setia, Unit Kajian Pengesanan Graduan
- Hits: 11768