• Laman Utama
  • Kenyataan Media
  • Kenyataan Media: Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan Dan Pengemaskinian UPUOnline Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam Bagi Lepasan Spm Sesi Akademik 2021/2022

KENYATAAN MEDIA

PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN PENGEMASKINIAN UPUONLINE KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM BAGI LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2021/2022


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan SPM mengikuti program Sijil, Asasi dan Diploma ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 sehingga 2 Julai 2021 jam 5.00 petang.

Keputusan ini akan membolehkan pelajar mengemaskini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline. KPT juga prihatin dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan terdapat pelajar yang masih belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my.

KPT berharap keputusan ini akan dapat memudahkan urusan pemohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
21 Jun 2021

Sumber: Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi

  • Hits: 360

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara