Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Tinggi

  • 1.

    Memberi maklumbalas awal dalam tempoh 3 hari bekerja dan maklumbalas perkembangan dalam tempoh 15 hari bekerja berhubung pengurusan aduan dari tarikh aduan diterima.

  • 2.

    Mengumumkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

  • 3.

    Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) tempoh masa 30 hari bekerja daripada tarikh kelulusan Jawatankuasa Pemandu KPT sehingga keputusan dimaklumkan kepada institusi.

  • 4.

    Memproses dan menilai Permohonan Penawaran Program Akademik Baharu daripada Universiti Awam yang lengkap diproses untuk diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi dalam tempoh 45 hari bekerja.

  • 5.

    Surat Sokongan Permohonan Pas Pengajian Tenaga Pengajar Warga Asing dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara