GAP Year

1.0 PENGENALAN

Program Gap Year telah diumumkan bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Matlamat utamanya ialah untuk melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Gap Year merupakan program yang dilaksanakan dalam jangka masa tertentu khusus untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan (a time of self-reflection and self-discovery through volunteerism). Gap Year direka bentuk dengan keistimewaan yang membenarkan pelajar menangguhkan pengajian bagi melaksanakan kerja-kerja sukarelawan yang telah direncanakan bersama agensi terpilih.

2.0 REKA BENTUK PROGRAM GAP YEAR

            2.1 GAP YEAR KHIDMAT NEGARA

                        Program ini akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Program ini diselenggarakan oleh dua UAP iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pelajar boleh memilih untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di mana-mana agensi tersebut selama tempoh satu (1) tahun akademik.

            2.2 GAP YEAR KESUKARELAWANAN

            Program ini merupakan program yang membenarkan pelajar untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan selama satu (1) semester hingga satu (1) tahun akademik mengikut program yang ditawarkan oleh UAP bersama agensi yang terlibat. Selain itu, pelajar boleh memilih program-program yang disediakan dalam jangkamasa yang lebih pendek iaitu semasa cuti semester dengan melaksanakan program Summer Volunteerism 

BIL UAP AGENSI PROGRAM JANGKA MASA LAMAN WEB
1. UiTM APM Sukarelawan APM 1 Tahun Akademik http://hep1.uitm.edu.my/v1/muat-turun/program-gap-year.html
2 UiTM ATM Sukarelawan ATM 1 Tahun Akademik http://uitm.edu.my/index/php/en/l
3. UKM PDRM Sukarelawan PDRM 1 Tahun Akademik http://www.ukm.my/ppma/news/4577/
4. UUM JKM Perkongsian Pintar Sukarelawan UKM-JKM (PINTAS UKM-JKM) 3 bulan atau 3 bulan + 1 semester http://hep.uum.edu.my
5. UTHM JKM Sukarelawan JKM 1 Tahun Akademik http:/hep.uthm.edu.my/v3/index.php/en2/pusat-sumber/gapyear
6. USIM IRM Program Pembangunan Komuniti 1 Ttahun hep.usim.edu.my/gap-year-program
7. UniSZA JAKOA Menongkah Puncak : Pemerkasaan Pendidikan Orang Asli 3 Bulan http://www.unisza.edu.my
8. UMT NADMA Mahasiswa @ Cakna : Kesukarelawanan Bencana 3 Bulan atau 3 Bulan + 1 Semester www.gapyear.umt.edu.my
9.. UPSI KPM & JPNP Tuisyen Bitara 3 - 6 Bulan http://www.uosi.edu.my/index.php/2016-06-29-02-43-27/program-gap-year/td>

                2.3 GAP YEAR UMUM           

               Program ini terbuka kepada pelajar yang ingin melibatkan diri dalam program sukarelawan umum seperti kesukanan, keusahawanan,meningkatkan kemahiran, pelancongan dan lain-lain aktiviti. Aktiviti yang dirancang oleh pelajar perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing. Tempoh minimum program adalah selama satu (1) semester dan tempoh maksimum adalah selama satu (1) tahun kalendar akademik. Program ini tidak mempunyai struktur spesifik seperti program Gap Year Khidmat Negara atau Gap Year Kesukarelawanan. Pelajar bebas memilih program yang bermanfaat dan menambah nilai kemahiran. 

 

 

  • Hits: 140

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara