Panduan Mengikuti Pengajian Di IPT Luar Negara

Persediaan Sebelum ke Luar Negara

Perkara Penerangan
Syarat kelayakan minimum Pelajar mesti memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan. Sila rujuk Sijil Sokongan Luar Negara / Surat Tiada Halangan
Maklumat IPT luar negara Pelajar boleh merujuk ke KPT dan pejabat Education Malaysia luar negara. Sebarang maklumat lanjut bolehlah melayari laman web IPT luar negara yang berkaitan atau Pejabat Perwakilan Tetap negara berkenaan di Malaysia.
Pengiktirafan Kursus Pengajian di IPT Luar Negara Pelajar boleh merujuk status pengiktirafan kursus pengajian dengan melayari laman web berikut: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
Agen Penempatan Pelajar Pihak Kementerian tidak pernah melantik mana-mana agen penempatan pelajar untuk mengendalikan proses penempatan pelajar Malaysia di IPT luar negara.
  • Hits: 20684

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara